
Berang Uruguay Tersingkir Dari Piala Dunia, Cavani Lepas Geram ‘Tibai’ Skrin VAR
Pemain Uruguay, Edinson Cavani nekad menolak skrin VAR sehingga jatuh selepas kecewa pasukannya tersingkir daripada Piala Dunia 2022 pada Jumaat lepas.
Meskipun Uruguay berjaya menewaskan Ghana 2-0, tetapi ia tidak mencukupi untuk mereka mara ke pusingan 16 terakhir disebabkan hasil kemenangan mengejut Korea Selatan ke atas Portugal 2-1.
Pada awalnya tampak seperti Uruguay akan mara, namun situasi itu berubah hasil ledakan gol oleh Hwang Hee Chan pada masa tambahan membantu Korea Selatan untuk layak ke pusingan seterusnya sekali gus menyingkirkan Uruguay.
Malah, perbalahan antara pemain Uruguay itu dengan pengadil turut berlaku apabila Cavani dijatuhkan dalam kawasan penalti.
Seluruh pemain Uruguay meminta sepakan penalti, namun permintaan mereka tidak diendahkan oleh pengadil.
Memetik Metro UK, tindakan pengadil tersebut menyebabkan beberapa pemain Uruguay berasa marah dan kecewa.
Kemarahan Uruguay terbukti apabila Cavani bertindak menolak skrin VAR sehingga jatuh ketika berjalan menuju ke bilik persalinan.
Bekas pemain England, Joe Cole berkata kepada ITV bahawa ia adalah kelakuan yang teruk. Seseorang pemain itu perlu kekal bertenang walaupun kecewa dalam kekalahan perlawanan bola sepak.
“Dunia sedang memerhati, kanak-kanak memerhati, anda tidak boleh berkelakuan seperti itu,” kata Joe.
Lagenda Arsenal iaitu Ian Wright turut menyifatkan bahawa penyerang Uruguay itu berkelakuan teruk.
@zeluscondition Should they have had a penalty? Maybe even 2 | #uruguayfootball #worldcupfootball #ghanafootball #penaltymiss
Sumber: Metro UK
The post Berang Uruguay Tersingkir Dari Piala Dunia, Cavani Lepas Geram ‘Tibai’ Skrin VAR appeared first on Siakap Keli.


