Berani curi kabel depan orang ramai, Mohd Radzi desak siasatan menyeluruh

LocalPolitics
21 Nov 2026 • 10:45 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Berani curi kabel depan orang ramai, Mohd Radzi desak siasatan menyeluruh
Tangkap layar hantaran Treads Mohd Radzi pada Sabtu.
Image from: Berani curi kabel depan orang ramai, Mohd Radzi desak siasatan menyeluruh
Tangkap layar rakaman video tular yang memaparkan kegiatan itu pada pagi Sabtu.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh terhadap kegiatan kecurian kabel yang berlaku secara terang-terangan di kawasan Jalan Tun Razak di sini.

Beliau berkata, rakaman video yang memaparkan kegiatan itu tular pagi Sabtu dan menunjukkan perbuatan mencuri kabel dilakukan di hadapan orang ramai.

Menurutnya, kegiatan kecurian kabel bukan perkara baharu kerana ia berlaku berulang kali dan memerlukan tindakan menyeluruh bagi menanganinya.

Tegas Mohd Radzi, beliau pernah membangkitkan isu berkenaan di Parlimen dengan mempersoalkan pihak yang membeli kabel curi serta tindakan yang boleh dikenakan terhadap mereka yang terbabit.

"Ketika itu saya membangkitkan persoalan, kabel yang dicuri ini tentunya ada tempat untuk dijual. Siapakah yang membelinya dan apakah tindakan terhadap pihak yang terlibat dalam kegiatan tersebut?" soalnya dalam hantaran di aplikasi Treads pada Sabtu.

Mohd Radzi berkongsi pandangan itu menerusi hantaran media sosial itu susulan penularan rakaman video berkenaan pagi ini.

**media[3717752]**

Beliau berkata, siasatan dan penguatkuasaan tidak seharusnya terhenti kepada individu yang melakukan kecurian semata-mata, sebaliknya perlu meliputi keseluruhan rantaian sindiket terbabit.

"Ini termasuk pihak yang terlibat dalam kegiatan mencuri, membeli dan menjual kabel curi," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak berkuasa segera menyiasat kejadian yang dipaparkan dalam rakaman video berkenaan, mengenal pasti individu terbabit dan mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang.

Tambahnya, kegiatan kecurian kabel yang menjejaskan kemudahan awam serta keselamatan rakyat memerlukan tindakan penguatkuasaan secara menyeluruh.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved