“Berani Dia ‘Block’ Saya” – Masih Mesra Selepas Bercerai, Aziz M Osman Suruh Puteri Lily ‘Unblock’ Diri Sendiri Di IG

Entertainment
15 Aug 2023 • 1:40 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Meskipun selepas bercerai, pengarah Aziz M Osman dan bekas isteri, Puteri Lily Lokman masih menjaga hubungan baik untuk membesarkan anak-anak.

Malah, mereka juga masih meluangkan masa seperti satu keluarga dan membawa dua cahaya mata keluar makan dan berjalan-jalan di pusat membeli belah.

Menerusi Instagram story, Puteri Lily turut berseloroh tentang tindakan bekas suami menyekat akaun media sosialnya itu menyebabkan dia tidak boleh tag Aziz.

Tak boleh nak tag sebab kena block. Jap nak suruh pak ajis unblock balik. Berani dia block kita.”

image is not available

image is not available

Selepas dibebel tentang itu, Aziz menyerahkan telefon pintarnya kepada Puteri Lily dan menyuruhkan untuk unblock dirinya sendiri.

Bukan itu sahaja, dia turut memberikan ‘amaran’ agar bekas isterinya tidak membuat hantaran berbaur pelik atau jika tidak dia akan block semula.

Awak post merepek, saya block balik”

 

Terdahulu, Putery Lily mengumumkan perceraiannya dengan Aziz selepas 13 tahun bersama dan dikurniakan dua orang anak, Puteri Azzahra, 11 tahun dan Putera Mohamad Aryan, 5 tahun.

image is not available 21 hours ago

"Dah Cuba Sehabis Mungkin" - Rasa Tenang Lepas Bercerai, Bekas Isteri Aziz M. Osman Enggan Buka Mulut Isu Orang Ke-3