“Saya post sopan santun ok” – Aziz M Osman Bergurau Dengan Bekas Isteri, Main ‘Block’ Di IG

Entertainment
15 Aug 2023 • 4:06 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Rumah tangga yang dibina oleh pengarah filem tersohor Aziz M Osman bertemu jalan pengakhiran apabila mereka disahkan telah bercerai beberapa bulan lepas.

Bekas isterinya, Puteri Lily Lokman mengumumkan perkara itu menerusi Instagram (IG) Story miliknya baru-baru ini.

Pun begitu, bekas isterinya yang juga seorang pelakon dan usahawan berkongsi beberapa IG Story yang memaparkan hubungan kedua-dua bekas suami isteri ini masih mempunyai hubungan yang rapat dan keluar makan bersama-sama.

Malah, dalam video pendek itu, kelihatan Puteri Lily memarahi dengan nada bergurau bekas suaminya itu kerana menyekat (block) dirinya di IG.

“Kalau post benda merepek saya block balik,” kata Aziz M Osman.

Selain itu, menerusi Harian Metro, Puteri Lily meluahkan jalan perpisahan ini merupakan jalan yang terbaik untuk keluarga mereka, ia dilakukan demi ketenangan mereka serta anak-anak.

“Tiada orang yang inginkan perceraian. Kalau berlaku perceraian itu akan menjadi fasa terendah dalam hidup mereka.

Bila tiada sefahaman, lebih baik berpisah secara baik. Mungkin kami berdua gagal sebagai pasangan hidup, namun sebagai kawan insya-Allah kami baik.

Ini (cerai) adalah keputusan terbaik untuk anak-anak juga. Kalau ibu bapa ada konflik itu tidak bagus untuk anak-anak.

Apabila sudah bercerai, alhamdulillah kami rasa tenang. Anak pun okay. Anak-anak juga dilihat sangat berlapang dada menerima keputusan ini,” katanya.

Sebagai info, mereka mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2010 dan ia juga perkahwinan ketiga buat pengarah filem Misi XX-Ray itu.

Perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Puteri Nur Azzahra dan Putera Muhamad Aryan.

Semoga semua baik-baik sahaja!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.