“Berani Hidup Bahagia Tapi Abai Anak-Anak? Sabar Jap” – Provokasi Berterusan, Norreen Iman Luah Perasaan Usai Perceraian

LocalEntertainment
27 Jul 2026 • 2:58 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon dan pempengaruh, Norreen Iman sekali lagi mencuri perhatian selepas memuat naik beberapa hantaran di Threads yang menyentuh mengenai provokasi di media sosial serta tanggungjawab seorang bapa terhadap anak-anak.

Menerusi hantaran pertama, Norreen mendedahkan dia berdepan pelbagai provokasi dan fitnah, namun menegaskan perkara itu bukan berpunca daripada perubahan yang dilakukannya.

Advertisement
View this post on Instagram

“Provokasi semakin menjadi. Banyak fitnah pun tercetus. Semua perkara ini berlaku dan bukannya berkaitan dengan perubahan saya. Itulah media sosial. Teruskan tersenyum, dan kita tidak sepatutnya mencari sebarang pengesahan daripada orang. Akhir sekali, semoga berjaya.”

Dalam hantaran berasingan, Norreen turut berharap bekas suaminya memahami bahawa tanggungjawab terhadap anak-anak tidak berakhir walaupun mereka sudah bercerai.

Norreen iman

“Saya harap dia (Razzi) faham tanggungjawab terhadap anak-anak. Dia boleh hidup seperti apa sahaja dia mahukan hahaha lebih bahagia lebih baik. Tetapi keberanian untuk hidup bahagia dan mengabaikan mereka (anak-anak), sabajap.”

Walaupun tidak menyebut nama secara langsung, ramai netizen percaya hantaran tersebut ditujukan kepada bekas suaminya, Mohd Razzi.

Untuk rekod, Norreen Iman dan Mohd Razzi mendirikan rumah tangga pada 2011 sebelum bercerai talak satu pada 2026. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fattah amin2026-07-27 13:01:25

"Macam Mana Info Peribadi Saya Awak Boleh Tahu?" - Fattah Amin Lawan Fitnah 'Musang Berjanggut'

The post “Berani Hidup Bahagia Tapi Abai Anak-Anak? Sabar Jap” – Provokasi Berterusan, Norreen Iman Luah Perasaan Usai Perceraian first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved