“Harap dia jalankan tanggungjawabnya terhadap anak-anak” – Kenyataan Norreen Iman Jadi Tumpuan

Entertainment
27 Jul 2026 • 1:44 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft norreen iman

Pelakon dan pempengaruh, Norreen Iman membuat satu hantaran yang telah mencuri tumpuan netizen. Menerusi Threads, Norreen mendakwa dia berdepan dengan bermacam-macam jenis provokasi dan fitnah semenjak dia menunjukkan perubahan dirinya.

Dalam hantaran tersebut juga, Norreen turut menitipkan nasihat agar hidup tidak perlu terlalu bergantung kepada pandangan orang lain dan terus kekal positif.

Artikel berkaitan: Noreen Menangis Kongsi Detik ‘Panggilan’ Pergi Umrah, Neelofa Nasihat Untuk Istiqamah

“Provokasi semakin menjadi-jadi. Banyak tuduhan fitnah yang tercetus. Semua perkara ini berlaku dan tiada satu pun berkaitan dengan perubahan yang saya lakukan. Begitulah dunia media sosial. Teruskan tersenyum dan kita tidak seharusnya mencari pengesahan daripada orang lain.”

Menjengah ke ruangan komen, Norreen juga tampil memberikan respon terhadap netizen yang memberikan sokongan moral agar tidak ‘layankan’ provokasi orang demi menjaga kesihatan mental. noreen 2

“Saya harap dia faham tanggungjawabnya terhadap anak-anak. Dia boleh menjalani kehidupan seperti apa sahaja yang dia mahu, lagi bahagia lagi bagus.  Tapi tindakan berani untuk hidup gembira sambil mengabaikan mereka, sabar jap.”

Biarpun tidak disebutkan nama, kenyataan yang diberikan itu seolah-olah ditujukan buat bekas suaminya kerana ada melibatkan anak.

Sumber : Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved