Berani kerana benar! Syed Saddiq tak gentar, mahu bersihkan nama di mahkamah

LocalPolitics
18 Mar 2025 • 9:29 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq tak gentar menanti hari esok bagi mendengar hujahan daripada sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta atas empat kesalahan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) di Mahkamah Rayuan.

Menerusi satu hantaran di Instagram, beliau menegaskan pendiriannya dengan menggunakan ungkapan “berani kerana benar,” yang menggambarkan keyakinannya dalam mempertahankan prinsip keadilan dan ketelusan.

image is not available

Syed Saddiq tak gentar

Beliau menekankan bahawa keberanian untuk bersuara dan bertindak adalah penting, terutama dalam menghadapi cabaran politik serta mempertahankan hak rakyat.

Jelasnya, sejak tahun 2020, keluarganya telah disiasat oleh pihak berkuasa, dan sepanjang tempoh tersebut, beliau mendakwa terdapat percubaan sogokan serta ugutan yang diterima.

Semua ini berlaku semata-mata kerana beliau berpegang teguh pada prinsip dan enggan menggadaikan maruah diri demi kepentingan politik atau peribadi.

Syed Saddiq turut menegaskan bahawa tekanan seperti ini tidak akan mengubah pendiriannya untuk terus memperjuangkan keadilan dan kebenaran.

“Saya tidak menerima sogokan. Saya tidak melompat parti. Saya tidak meminta kes ini digugurkan. Saya tidak cuba melengah-lengahkan proses mahkamah,”katanya.

image is not available

image is not available

Tegas Syed Saddiq, beliau tegas dengan pendirian mahu membersihkan namanya melalui proses perundangan, meskipun menyedari segala risiko yang mungkin dihadapinya.

Dengan penuh keazaman, beliau menyatakan rasa tidak gentar untuk berhadapan dengan mahkamah kerana yakin berada di pihak yang benar.

image is not available

Tambahnya lagi, beliau menyerahkan sepenuhnya segala keputusan kepada Allah SWT serta proses mahkamah, dengan keyakinan bahawa kebenaran akhirnya akan terbukti.

Baginya, cabaran dan ujian yang dihadapinya adalah sebahagian daripada perjuangan menegakkan prinsip tanpa perlu tunduk kepada tekanan atau ugutan.

Keberaniannya untuk mempertahankan maruah diri dan berpegang teguh pada prinsip menjadi bukti bahawa beliau tetap komited dalam memperjuangkan nilai-nilai ketelusan dan keadilan di Malaysia.

image is not available

Sebelum ini mahkamah menetapkan hujahan bagi kedua-dua pihak, dijalankan selama dua hari iaitu 19 dan 20 Mac.

Prosiding akan didengar di hadapan panel tiga hakim, dengan pihak pembelaan diketuai peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 33, selaku perayu memulakan hujahan terhadap sabitan dan hukuman.

Hukuman dijatuhkan oleh Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid atas empat pertuduhan melibatkan pecah amanah, salah guna harta, dan pengubahan wang dana Armada.

Bagi pertuduhan pertama, beliau didakwa bersubahat dengan bekas Penolong Bendahari Armada, Rafiq Hakim Razali, dalam pecah amanah dana RM1 juta pada 6 Mac 2020 di CIMB Bank Berhad, KL Sentral.

Pertuduhan ini mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum 10 tahun penjara, sebatan, dan denda.

image is not available

Bagi pertuduhan kedua, Syed Saddiq didakwa menyalahgunakan wang RM120,000 dari akaun Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang tersebut di Maybank, Taman Pandan Jaya, antara 8 hingga 21 April 2018.

Pertuduhan ini mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara enam bulan hingga lima tahun, sebatan, dan denda.

Selain itu, beliau berdepan dua pertuduhan pengubahan wang haram dengan memindahkan RM50,000 dari akaun Maybank Islamic miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera, yang dikaitkan dengan aktiviti haram.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bank di Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018, mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram. Jika sabit kesalahan, beliau boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun dan denda sehingga lima kali ganda jumlah wang terbabit.

Sumber: IG Syed Saddiq