

Jangan risau untuk membeli Kenderaan Elektrik (EV) di Malaysia.
Ini kerana hanya 25 EV yang terbakar dalam tempoh tiga tahun di Malaysia. Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Nor Hisham Mohammad
Menurutnya, cuma 25 kes kebakaran membabitkan kenderaan elektrik (EV) direkodkan dalam tempoh tiga tahun lalu.
Bagaimanapun, statistik itu tidak menunjukkan peningkatan ketara walaupun jumlah kenderaan EV di negara ini semakin bertambah.
@import url('https://fonts.googleapis.com/css2?family=Poppins:wght@400;600;700&display=swap'); .tldr-container { font-family: 'Poppins', -apple-system, BlinkMacSystemFont, "Segoe UI", Roboto, sans-serif; background-color: #f8fafc; border-left: 5px solid #30a0c3; border-radius: 0 8px 8px 0; padding: 20px 24px; margin: 20px 0; box-shadow: 0 2px 4px rgba(0, 0, 0, 0.05); color: #1e293b; line-height: 1.6; } .tldr-header { display: flex; align-items: center; gap: 8px; font-weight: 700; font-size: 1.25rem; color: #30a0c3; margin-bottom: 16px; text-transform: uppercase; letter-spacing: 0.5px; } .tldr-badge { background-color: #faa00c; color: #ffffff; font-weight: 700; font-size: 0.85rem; padding: 2px 8px; border-radius: 4px; display: inline-block; } .tldr-list { list-style: none; padding: 0; margin: 0; } .tldr-list li { position: relative; padding-left: 24px; margin-bottom: 12px; font-size: 0.95rem; } .tldr-list li:last-child { margin-bottom: 0; } .tldr-list li::before { content: "•"; color: #faa00c; font-weight: 700; font-size: 1.5rem; position: absolute; left: 4px; top: -4px; } .tldr-list strong { font-weight: 600; color: #0f172a; }
TL;DR Ringkasan Utama Statistik Rendah & Statik: JBPM merekodkan hanya 25 kes kebakaran EV dalam tempoh tiga tahun lalu—angka yang kekal statik dan tidak meningkat secara mendadak walaupun bilangan EV di Malaysia semakin bertambah. Insiden Cheras Dalam Siasatan: Kebakaran rumah teres di Alam Damai, Cheras yang dikaitkan dengan EV dicas di foyer masih disiasat untuk menentukan punca sebenar (sama ada isu kenderaan, pengecas, atau pendawaian). Cadangan Garis Panduan Rumah: JBPM akan mencadangkan garis panduan keselamatan pengecasan EV di kediaman kerana pemantauan bomba terhadap pendawaian dalaman rumah (selepas MCB) adalah terhad, manakala proses mengecas mengambil masa lama (7-8 jam). Nasihat Pemilik EV: Pemasangan pengecas rumah mesti mematuhi piawaian keselamatan dan mengguna pakai khidmat jurutera/syarikat bertauliah.“Berdasarkan statistik kita untuk tempoh tiga tahun lalu, terdapat kira-kira 25 kes baharu melibatkan EV daripada empat kategori.
“Jumlah itu tidak menunjukkan peningkatan, pada asasnya masih statik dari tahun ke tahun. Namun, sekarang terdapat lebih banyak EV dan kita belum membuat perbandingan berdasarkan nisbah jumlah kenderaan EV,” katanya.
Terdahulu sebuah rumah teres dua tingkat di berhampiran Surau At Taqwa, Jalan Murni 10, Alam Damai, Cheras, musnah dalam kebakaran awal pagi, kelmarin.

Susulan itu, pihaknya akan mencadangkan kepada kerajaan untuk mewujudkan garis panduan keselamatan pengecasan kenderaan elektrik (EV) di kediaman susulan peningkatan penggunaan jenis kenderaan itu.
Garis panduan berkenaan penting kerana pemantauan JBPM terhadap pendawaian di kediaman adalah terhad, khususnya pendawaian selepas pemutus litar miniatur (MCB).
“Antara hipotesis yang sedang diteliti adalah kemungkinan kebakaran berpunca daripada kenderaan itu sendiri, pengecas, stesen pengecas atau pendawaian yang menghubungkan sistem berkenaan,” katanya kepada pemberita.
Nor Hisham turut menasihatkan pemilik EV yang memasang pengecas di rumah supaya menggunakan pengecas mematuhi piawaian keselamatan dan mendapatkan khidmat syarikat berdaftar serta bertauliah bagi kerja pemasangan.
“Proses mengecas kenderaan EV biasanya mengambil masa tujuh hingga lapan jam secara berterusan. Justeru, risiko kebakaran akibat masalah elektrik tetap ada,” katanya.


