“Berapa Kali Dah Mampuih Tengah Jalan, Ketegaq” – Momen Zaquan Adha Dimarahi Ayu Raudhah Cuit Hati Netizen

21 Aug 2026 • 12:30 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Suami kepada pelakon Ayu Raudhah yang juga bekas pemain bola sepak negara, Zaquan Adha mencuri perhatian selepas seorang individu berkongsi momen membantu menghidupkan keretanya yang mengalami masalah di sebuah stesen minyak.

Menerusi video yang dikongsikan di media sosial, individu berkenaan dilihat membawa keretanya berhampiran kenderaan Zaquan bagi membantu melakukan proses ‘jump start’.

Advertisement

zaquan adha

Proses tersebut kemudiannya dilakukan sendiri oleh bekas pemain bola sepak berkenaan.

“Benda paling rawak pagi ini bila Zaquan minta tolong ‘jump’ kereta dia.

“Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita tolong.”

Lebih menarik, Zaquan turut meninggalkan komen pada perkongsian tersebut dengan mengucapkan terima kasih atas bantuan yang diberikan.

Dalam masa sama, dia turut memohon maaf sekiranya kejadian tersebut mengganggu urusan individu terbabit yang ketika itu mahu menghantar anak ke sekolah.

Perkongsian berkenaan turut mendapat perhatian isterinya, Ayu Raudhah yang kemudian dilihat berkongsi hantaran tersebut kepada Zaquan menerusi WhatsApp.

Menerusi tangkap layar perbualan yang dimuat naik Zaquan di Threads, Ayu dilihat membuat beberapa panggilan video dan suara kepada suaminya sebelum menghantar pautan berita mengenai kejadian berkenaan.

Tidak melepaskan peluang untuk menyakat isterinya, Zaquan kemudian berkongsi tangkap layar perbualan mereka berserta kapsyen berseloroh.

“Perempuan tidak akan faham apa itu bareyyyyy… Demo tok kenal bareeyyyy…”

Gelagat pasangan berkenaan sekali gus mencuri perhatian warganet apabila kejadian kereta yang pada awalnya memerlukan bantuan orang awam akhirnya menjadi bahan usikan antara suami isteri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

rita rudaini2026-08-20 14:35:53

“Tak Perlu Dengki, Kalau Teringin Pesan & Bayar” - Rita Rudaini Guna Duit Sendiri Jaga Makan Anak Di MRSM

The post “Berapa Kali Dah Mampuih Tengah Jalan, Ketegaq” – Momen Zaquan Adha Dimarahi Ayu Raudhah Cuit Hati Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved