
Penyanyi, Nourul Depp mengakui sangat kagum dengan lagu ciptaan penyanyi dan komposer, Aina Abdul iaitu Bluest Sky.Bukan sahaja meminati karya tersebut malah Nourul menyifatkan Aina sebagai penyanyi yang mempunyai kualiti vokal luar biasa."Berapa kali pun dengar akan tetap rasa goosebumps. Nyanyian yang sangat bagus. All-time winner."Aina Abdul, buat lagi lagu macam-macam ini. Awak mempunyai kelebihan sebagai komposer yang hebat. Awak tahu, saya tahu, kan? Kak kenal komposer lelaki hebat sebelum ini. Awak juga ada kelebihan seperti itu," tulisnya di Threads.Dalam masa sama, Nourul sempat berseloroh menyatakan hasrat untuk mendapatkan lagu ciptaan Aina Abdul."Kak pun nak lagu. Hahaha, tiba-tiba pula!" selorohnya.Untuk rekod, Aina berjaya menduduki tempat keempat daripada 11 negara peserta dalam pertandingan sulung Eurovision Song Contest Asia 2026 selepas mengumpul sebanyak 152 markah menerusi lagu Bluest Sky.






