Berapa Tiket Harga Tiket Madani?

LocalCars
17 Aug 2026 • 10:15 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Berapa Tiket Harga Tiket Madani?

image.png

Tertunggu-tunggu harga Tiket Madani bagi Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Litar Antarabangsa Sepang (SIC)? Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan tiket khas untuk pemegang MyKad kini dijual pada harga serendah RM200 sahaja.

Inisiatif itu susulan pertimbangan kerajaan beberapa minggu lepas untuk menawarkan Tiket Madani bersempena dengan perlumbaan Formula 1 yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.

"Alhamdulillah, hasil perbincangan dan persetujuan bersama Bahrain, kerajaan sukacita mengumumkan Tiket Madani khusus untuk pemegang MyKad pada harga serendah RM200 bagi akses sepanjang tiga hari acara,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

Formula 1 dan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) sebelum ini mengumumkan GP Bahrain 2026 akan berlangsung di SIC dari 2 hingga 4 Oktober ini, menerusi kerjasama antara Malaysia dengan Bahrain.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved