Tiket Madani F1 dapat permintaan tinggi

15 Aug 2026 • 5:56 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tiket Madani F1 dapat permintaan tinggi

KUALA LUMPUR – Tiket terhad pada harga istimewa bagi pembelian menggunakan MyKad masih tersedia untuk warganegara Malaysia yang ingin menyaksikan Formula 1 (F1) Grand Prix (GP) Bahrain Gulf Air di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 2 hingga 4 Oktober ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, SIC memaklumkan sambutan amat memberangsangkan terhadap perlumbaan itu menyebabkan laman sesawang rasmi bahraingp.com menyaksikan peningkatan trafik luar biasa, dengan tiket terjual sangat pantas.

“Kami tahu ramai yang teruja untuk mendapatkan tiket dan kami amat menghargai kesabaran serta kerjasama anda sementara proses penjualan tiket ini diteruskan.

“Kami tidak sabar untuk bertemu anda di Sepang bagi hujung minggu F1 yang luar biasa nanti,” menurut SIC.

Menurut kenyataan itu, perkembangan terkini mengenai kersediaan tiket akan dimaklumkan melalui saluran media sosial rasmi Bahrain International Circuit dan SIC.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Tiket MADANI, khusus untuk pemegang MyKad pada harga serendah RM200 bagi membolehkan rakyat Malaysia menyaksikan secara langsung perlumbaan Bahrain GP di SIC.

Menurut maklumat disiarkan laman di sesawang rasmi Bahrain GP baru-baru ini, pemegang MyKad layak mendapatkan tiket pada harga istimewa bagi enam kategori tempat duduk iaitu antara RM200 hingga RM 2,083.

Harga paling berpatutan ialah Hillstand G ialah RM200, manakala tiket bagi Hillstand B dan C masing-masing berharga RM809.60.

Bagi tempat duduk di grandstand pula, tiket berharga RM1,291.40 ditawarkan bagi Grandstand F, RM1,386 (Grandstand K1) dan RM2,083.40 (Grandstand Utama). – Bernama

The post Tiket Madani F1 dapat permintaan tinggi appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved