Berat badan naik waktu raya?

Health & Fitness
2 Apr 2026 • 8:00 AM MYT
Public Health M'sia
Public Health M'sia

Public Health M'sia shares simple, relatable health education.

Image from: Berat badan naik waktu raya?
Gambar: Public Health M'sia

2 minggu dah naik 5 kg. Habis segala usaha ramadan turun 3 kg.. Syawal sepatutnya bawa bahagia, bukan bawa balik angka lama di penimbang.

Ramai yang masuk Ramadan dengan satu harapan.

Nak kurangkan berat.

Nak kawal makan.

Nak bagi badan rasa lebih ringan.

Dan ramai sebenarnya berjaya. Perut tak lagi sekuat dulu meminta. Nafsu makan pun lebih terkawal. Badan mula belajar apa itu cukup.

Tapi sayangnya, semua itu boleh rosak semula bila Syawal dijadikan pesta tanpa brek.

Pagi makan berat.

Tengah hari rumah terbuka.

Petang kuih tak berhenti.

Malam sambung air manis dan lebihan lauk semalam.

Akhirnya, yang naik bukan cuma selera.

Berat pun ikut naik perlahan-lahan.

Bukan sebab raya beberapa hari.

Tapi sebab cara makan raya itu terbawa-bawa berminggu-minggu.

Tak salah nak menikmati rendang, ketupat, lemang, serunding, kek lapis atau kuih raya.

Yang bahaya bila setiap singgah mesti “rasa semua”.

Setiap hidang mesti “tambah lagi”.

Setiap hari mesti “hari ini je”.

Hakikatnya, berat badan jarang naik kerana satu jamuan.

Ia naik kerana keputusan kecil yang kita ulang tanpa sedar.

Ambil makanan kegemaran, tapi berpada.

Minum air manis, tapi jangan setiap rumah.

Kalau pagi dah berat, malam biar ringan.

Kalau semalam terlebih, hari ini perbetulkan semula.

Jangan jadikan Syawal tempat kita hilang semua usaha yang dibina sepanjang Ramadan.

Cantik sungguh kalau raya ini kita masih gembira, masih menikmati, tapi badan pun masih terjaga.

Sebab nikmat sebenar bukan makan tanpa henti.

Nikmat sebenar bila kita mampu berhenti sebelum tubuh kita menanggung akibatnya.

#PublicHealthMalaysia #SihatDiSyawal #KawalMakan #jagaberatbadananak


Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.