Berat badan saya naik, Zahnita pandai masak – Suami

LocalEntertainment
19 Nov 2026 • 1:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Berat badan saya naik, Zahnita pandai masak – Suami

KUALA LUMPUR: Kehebatan Zahnita Wilson memasak di dapur rupanya menjadi antara perkara yang membuatkan suaminya, Farouk Osman, semakin terpikat.

Malah Farouk sendiri mengakui berat badannya turut bertambah sejak berkahwin kerana menikmati masakan isterinya itu.

Farouk, 46, berkata, dia sememangnya menggemari setiap hidangan yang disediakan Zahnita dan tidak pernah memilih makanan air tangan suri hatinya itu.

“Dia pandai masak, saya suka semua benda yang dia masak.

“Kalau orang cakap dia naik berat badan, saya pun sama,” katanya ketika menghadiri majlis karpet merah Nona Gala Awards 2026, semalam.

Dalam perkembangan sama, Zahnita, 41, melahirkan rasa syukur kerana kehidupannya kini lebih bahagia dan tenang selepas kembali membina kehidupan berumah tangga bersama Farouk.

Pemilik nama sebenar Zahnita Dorothy Hussein Wilson itu turut menghargai sokongan orang ramai yang tidak putus-putus memberikan kata-kata positif kepadanya.

“Kehidupan sangat baik dan tenang. Saya memang gembira.

“Saya cuma nak cakap terima kasih kepada semua orang di luar sana yang sering memuji saya.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada suami saya yang banyak menjaga saya. Saya terhutang budi kepada dia,” ujarnya.

Berkongsi mengenai kehidupan sebagai pasangan suami isteri, pelakon filem Kuliah Cinta itu berkata, mereka masih dalam proses memahami karakter dan keperibadian masing-masing memandangkan perkahwinan tersebut masih baharu.

Jelasnya, dia teruja untuk meneruskan kehidupan bersama Farouk dan mengenali lelaki itu dengan lebih dekat seiring perjalanan waktu.

“Banyak perkara sebelum dan selepas berkahwin. Perkahwinan kami pula masih baharu dan kami masih belajar banyak tentang peribadi masing-masing.

“Saya tidak sabar untuk menempuh perjalanan seumur hidup bagi mengenali dirinya dengan lebih dekat setiap hari,” jelasnya.

Untuk rekod, Zahnita sah menjadi isteri Farouk dengan sekali lafaz pada 26 September lalu dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya.

Sebelum ini, Zahnita pernah berkahwin dengan Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor pada 2005 sebelum mereka berpisah pada Ogos 2025.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Zahrafeena, 19, Zasharayna Ghouse, 14, Zahlia Syawwal, 9, dan Abd Zayden Ghouse, 5

The post Berat badan saya naik, Zahnita pandai masak – Suami appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved