Suami Kongsi Sebab Terpikat Dengan Zahnita Wilson - “Saya Suka Semua Benda Yang Dia…”

19 Nov 2026 • 4:20 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Suami Kongsi Sebab Terpikat Dengan Zahnita Wilson - “Saya Suka Semua Benda Yang Dia…”

Suami kepada pelakon Zahnita Wilson iaitu Farouk Osman mengakui dia terpikat dengan air tangan isterinya yang rajin memasak sejak mereka mendirikan rumah tangga. Pemilik nama lengkap Farouk Osman Yunus, 46, turut berseloroh mengatakan dirinya mengalami peningkatan berat badan akibat kesan menikmati hidangan air tangan suri hatinya itu. “Dia pandai masak, saya suka semua benda yang dia masak. Kalau orang cakap dia naik berat badan, saya pun sama,” katanya kepada Gempak. Farouk dan Zahnita ditemui ketika di majlis karpet merah Nona Gala Awards 2026 yang berlangsung di Hotel Royole Chulan, Kuala Lumpur pada Rabu.  Sementara itu, Zahnita atau nama asalnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 41, bersyukur apabila kehidupannya kini berada dalam fasa yang sangat baik dan tenang di samping suami tercinta. “Kehidupan sangat baik dan tenang. Saya memang gembira. Saya cuma nak cakap terima kasih kepada semua orang di luar sana yang sering memuji saya.  “Alhamdulillah, terima kasih kepada suami saya yang banyak menjaga saya. Saya terhutang budi kepada dia,” ujarnya.  Mengulas lanjut mengenai fasa awal perkahwinan mereka, pelakon berusia 41 tahun itu berkata dia masih banyak perkara yang sedang dipelajari untuk mengenali hati budi serta peribadi masing-masing dengan lebih mendalam. “Banyak perkara sebelum dan selepas berkahwin. Perkahwinan kami pula masih baharu dan kami masih belajar banyak tentang peribadi masing-masing.  “Saya tidak sabar untuk menempuh perjalanan seumur hidup bagi mengenali dirinya dengan lebih dekat setiap hari,” jelasnya.  Pada 26 September lalu, Zahnita sah bergelar isteri kepada Farouk dengan sekali lafaz di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya.  Terdahulu Zahnita pernah mendirikan rumah tangga bersama Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor pada 2005 namun berpisah pada Ogos 2025. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Zahrafeena, 19, Zasharayna Ghouse, 14, Zahlia Syawwal, 9 dan Abd Zayden Ghouse, 5 tahun. 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved