“Berat tuduhan berzina” – Sabri Yunus Terkilan Ustaz Dakwa Pernikahan Tak Sah

Entertainment
17 Oct 2023 • 10:38 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dalam pada ramai yang meraikan dan mendoakan kebahagiaan buat pasangan pengantin baharu pelakon dan pengarah, Sabri Yunus dengan pelakon Angeline Tan, timbul pula isu berhubung pernikahan mereka.

Sabri mengakui terkilan dengan dakwaan seorang ustaz yang menyatakan pernikahannya yang berlangsung pada Sabtu lalu tidak sah kerana tidak memenuhi ucapan ijab dan qabul yang sepatutnya.

Melihat isu itu menjadi perdebatan di media sosial, Sabri tampil bersuara dalam satu hantaran panjang di laman Facebook.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Angeline Tan (@angelinetanyy)


Pelakon Pok Ya Cong Codei menganggap tuduhan yang mendakwa dia dan isterinya sudah berzina kerana pernikahan tidak sah adalah sangat berat.

“Seorang ustaz dengan jelas dan terang mengata (menuduh) pernikahan kami tidak sah dan terus membuat kesimpulan kami akan berzina. Berat tuduhan itu, juga dalam video yang sama dikatanya qabul yang mengelirukan.. siapa yang keliru?

“Dalam majlis tu hanya perlu dua saksi walau hampir 25 orang yang hadir. Saksi dua orang tidak keliru dan 25 hadirin juga tidak keliru,” jelasnya.

Ujar Sabri, dia ada sebab sendiri memilih majlis akad nikahnya di Perlis namun tidak menyangka isu lain bakal timbul.

Selain itu, Sabri menyatakan tidak mengerti mengapa ustaz terbabit membuat tuduhan seperti itu memandangkan sepatutnya tidak wujud sebarang pertikaian.

“Soal pandangan mazhab dah jelas ada khilaf dan setujunya, saya tak fikir ada orang tak faham bila qabul jawab saya setuju. Tak mungkin ada orang akan fikir setuju pada hal lain selain dari setuju hal nikah, tak mungkin ada yang fikir dia setuju pasal kereta, pasal rumah.

“Jelas wali sebut, aku nikah.. bila qabul sebut setuju. Tentu saja menyambut pada kata nikah itu,” ulasnya.

Sementara itu, Sabri turut meminta supaya semua pihak tidak mudah meletakkan hukum atas dasar kebencian semata-mata apatah lagi kenyataan seperti itu datang daripada seorang agamawan yang seharusnya dipandang mulia.

Semoga kita sama-sama dapat mengambil iktibar daripada isu ini.

Sumber: Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.