“Beratnya hati…” – Majlis Bersalaman Kakitangan Istana Bersama YDPA & Permaisuri Buat Netizen Sebak

Entertainment
30 Jan 2024 • 10:53 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Umum mengetahui, Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah akan berangkat pulang ke Pahang hari ini selepas 5 tahun menggalas tugas tersebut.

Seluruh rakyat Malaysia terkesan dengan keberangkatan YDPA dan Permaisuri Agong memandangkan baginda berdua sangat ramah atau dalam kata lain pemimpin yang berjiwa rakyat.

Sebuah video tular di TikTok apabila suasana hiba menyelubungi pegawai serta kakitangan istana ketika majlis bersalaman dengan YDPA serta Permaisuri Agong, baginda berdua turut dilihat mengalirkan air mata dalam majlis tersebut.

@sophianabrahman77

Majlis Bersalaman Bersama Pegawai dan Kakitangan Istana Negara. Allah peliharakanlah Raja patik dunia & akhirat. Dauat Tuanku

♬ Sampai Jumpa – Endank Soekamti

“Majlis Bersalaman Bersama Pegawai dan Kakitangan Istana Negara. Allah peliharakanlah Raja patik dunia & akhirat. Dauat Tuanku,” tulisnya di kapsyen.

Video yang dikongsikan oleh @sophianabrahman77 di TikTok itu dipenuhi dengan komen yang menyatakan rasa sedih serta pilu dalam upacara tersebut.

image is not available

Ramai juga yang tidak dapat menahan sebak melihat video tersebut serta mengakui bahawa keberangkatan baginda berdua memberi kesan yang amat mendalam kepada semua rakyat Malaysia.

Sebagai info, selepas ini Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari nanti.

Daulat Tuanku.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.