“Beratnya Turun..” – Peminat Bimbang Lihat Penampilan Kurus RM BTS Dalam Tentera Kini

7 Mar 2024 • 11:20 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Peminat pastinya merindui RM BTS kan?

Untuk pengetahuan, RM sedang menjalani khidmat ketenteraannya kini dan akan menamatkannya pada Jun 2025 nanti.

Terbaru, foto RM yang sedang menjalankan tugas di kumpulan tentera telah disebarkan, menunjukkan perkembangan terkini idola itu sekarang.

Menerusi foto yang dikongsi, peminat rata-rata bimbang melihat wajah cengkung dan penampilan kurus lelaki itu, yang berbeza dari sebelum dia memasuki tentera.

Komen peminat,

Nam-joonah ㅠㅠ Awak kehilangan berat badan ㅠㅠㅠ

 

Kenapa dia sepertinya hilang begitu banyak berat badan?

 

Dia nampak hebat dalam pakaian seragam itu.

 

Nam-joon!! Kenapa berat awak turun! Sila makan banyak-banyak.

Semoga RM sentiasa sihat.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.