Kisah Hidup Sebagai Penari, J-Hope BTS Bakal Keluarkan Album Baru & Siri Dokumentari Buat Peminat

Music
19 Feb 2024 • 2:06 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

J-Hope BTS telah menyambut ulang tahunnya yang ke-30 pada 18 Februari yang lalu.

Meskipun dia kini sedang giat menjalani latihan ketenteraan, dia tetap tampil memberikan kejutan buat peminat di seluruh dunia pada ulang tahunnya.

Di mana sehari sebelum ulang tahunnya tiba, sosial media rasmi BTS telah mengeluarkan video teaser berserta gambar konsep “HOPE ON THE STREET” dengan kapsyen,

Akan datang.

Tepat pada hari kelahiran ahli BTS tersebut, BIGHIT MUSIC telah mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan album khas yang mengandungi 6 lagu baru serta siri dokumentari yang menampilkan J-Hope.

BIGHIT MUSIC berkata,

Kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa J-Hope akan mengeluarkan album khas ‘HOPE ON THE STREET VOL.1’. Kami harap peminat akan terus memberikan sokongan terhadap album yang akan dikeluarkan ini.

Siri dokumentari yang akan dikeluarkan pada 29 Mac itu akan menunjukkan perjalanan J-Hope sebagai penari sebelum dia menjadi salah seorang ahli BTS.

Dalam masa yang sama, pengumuman yang tidak dijangka itu telah mendapat sambutan ramai terutamanya dari peminat-peminat BTS.

Korang dah sedia ke belum?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.