Ramai pelanggan kecewa tak dapat beli beg tangan jenama tempatan dalam sebuah acara yang dianjurkan di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur, baru-baru ini sehingga mencetuskan kekecohan termasuk di media sosial.
Menerusi beberapa hantaran tular di media sosial, kekecohan itu berlaku semalam dan ramai pembeli berkongsi pengalaman mereka tidak dapat memasuk premis berkenaan.
Difahamkan, mereka tidak dibenarkan masuk premis berkenaan kerana terlalu ramai pelanggan yang hadir membeli beg tangan jenama berkenaan.


Pelanggan kecewa tak dapat beli beg tangan
Berdasarkan video tular, jelas kelihatan ratusan pelanggan sudah mula menunggu di hadapan eskalator pusat beli-belah itu.
Mereka juga mendakwa tidak dibenarkan ke premis jualan berkenaan.
@geelita.my Ada lagi 7 jam ni nak beratur before event start at 3pm #brik
♬ original sound - Piqa Rashid - Piqa Rashid

Malah, turut kelihatan anggota Jabatan Sukarelawan di eskalator tersebut dan seorang lelaki petugas acara memberi penjelasan kepada pelanggan yang menunggu di situ.
Tunggu dari Subuh!
Sementara itu, ada seorang pengguna TikTok yang juga pembeli mendakwa dia menunggu dan berbaris pada awal pagi bagi mendapatkan beg tangan tersebut.
Bagaimanapun, dia terpaksa pulang dengan rasa hampa apabila disuruh balik dan datang semula pada keesokan harinya.
“Apa ni? Kita orang berbaris dari subuh tau, tahu-tahu kena datang esok lagi,” menurut kapsyen video berkenaan.
@ai.nyyy Apani Brik? kitorang berbaris dari subuh tau, tahu tahu kena datang esok lagi #fyp #brikmalaysia #brik #brïk
♬ original sound - ai.nyyy - ai.nyyy
Bagaimanapun ramai yang meninggalkan komen sindiran kepada pemilik video tersebut.



