Berbaju Kurung Ketika Lawat Kawasan Banjir, YB Young Syefura Dapat Komen Lucah Lelaki Gatal

Entertainment
15 Feb 2023 • 11:49 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pada Ahad lalu, penduduk di Kampung Bukit Tinggi, Bentong telah dikejutkan dengan kejadian banjir lumpur.

Ahli Parlimen Bentong, YB Young Syefura Othman telah meninjau ke kawasan tersebut untuk mengenal pasti punca kejadian yang berlaku dan berkongsi perkembangan itu menerusi akaun media sosialnya.

Pun begitu, ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab telah melemparkan kata-kata lucah kepada ahli Parlimen tersebut.

image is not available

Seorang pengguna Facebook didakwa mengeluarkan komen berbaur lucah terhadap beliau menerusi sekeping gambar yang dimuat naik Young Syefura di laman sosialnya.

Lebih terkilan, beliau ketika itu lengkap berpakaian sopan iaitu berbaju kurung serta baju hujan.

“Pakai macam ini pun kena komen lucah,” luahnya di laman Twitter.

Melihat gambar yang dikongsikan, lelaki berkenaan melemparkan kata-kata tidak senonoh yang boleh membuatkan si mangsa berasa tidak senang dengan tindakan sedemikian.

Komen tersebut bukan sahaja telah menarik perhatian orang ramai, malah Young Syefura juga terkejut dengan komen jijik itu dan berasa kesal kerana turut menjadi mangsa gangguan seksual.

image is not available

Memetik sumber Majoriti, walaupun perkara itu dilihat kecil, namun beliau tidak menolak kemungkinan lama-kelamaan akan ada pihak tertentu yang menganggapnya sebagai normal jika dibiarkan.

Young Syefura turut menasihatkan orang awam agar tidak mencontohi perbuatan lelaki tersebut yang dianggap tidak senonoh dan merendahkan martabat kaum wanita.

Dalam pada itu, orang ramai juga meminta ahli Parlimen terbabit mengambil tindakan terhadap lelaki berkenaan dengan membuat laporan polis.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.