Berbaki lebih setahun, Anwar mahu perbaiki prestasi kerajaan

LocalPolitics
25 Nov 2026 • 1:35 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Berbaki lebih setahun, Anwar mahu perbaiki prestasi kerajaan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pentadbirannya mempunyai baki tempoh lebih setahun untuk memperbaiki prestasi kerajaan sebelum berakhirnya penggal semasa.

Beliau berkata, kerajaan akan berusaha melakukan yang terbaik dan memperbaiki prestasi dalam tempoh berkenaan.

“Insya-Allah kita akan buat sebaik mungkin dan kita perbaiki prestasi kita. Kita ada setahun lebih lagi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meluncurkan Prakarsa AI Pendidikan Negara: AI TEMU AI di sini hari ini.

Kerajaan Perpa­duan yang dipimpin Anwar yang genap empat tahun disifatkan sebagai paling stabil selepas Pilihan Ra­ya Umum Ke-14 (PRU14) pada tahun 2018.

Tempoh pentadbiran Anwar yang lebih lama berbanding tiga orang Perdana Menteri sebelum ini jelas menunjukkan kestabilan yang ada hingga dapat membantu pertumbuhan ekonomi yang konsisten di samping me­ngukuhkan kedudukannya.

Sejak menerajui negara pa­da 24 November 2022, Anwar diakui berdepan pelbagai ca­baran termasuk memulihkan ketidakstabilan, mengembalikan ke­yakinan ekonomi, menanga­ni teka­nan kos sara hidup serta me­­mastikan politik stabil eko­ran kerajaan tergan­tung se­le­pas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Namun dalam tempoh itu, lang­­kah memperkenalkan da­sar pembaharuan ekonomi dan fiskal menerusi Kerangka Eko­nomi Madani meningkatkan daya saing negara, menarik pe­laburan dan memperbaiki taraf hidup rak­yat berjaya membawa hasil po­sitif. – KOSMO! ONLINE

The post Berbaki lebih setahun, Anwar mahu perbaiki prestasi kerajaan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved