Berbekal Kenangan Dan Harapan, SJK(C) Mun Choong Melangkah Ke Hadapan

30 Dec 2022 • 4:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
"Semoga Cikgu tenang di syurga..." - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Mun Choong pagi tadi telah mengadakan acara memperingati 31 mangsa terkorban dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan di Batang Kali pada 16 Disember lalu.

Daripada jumlah itu, enam daripadanya adalah guru, seorang operator kantin bersama dua anaknya dan seorang pekerja kantin sekolah ini.

Acara yang bermula pada jam 9 pagi itu menyaksikan lebih 500 orang berkumpul, terdiri daripada keluarga, rakan sekelas, rakan setugas dan rakan mangsa.

Berikut adalah gambar-gambar jurufoto Getaran, Abdul Razak Latif yang berada di lokasi acara pagi tadi.

image is not available
Para pelajar menulis nota terima kasih dan pesan terakhir buat guru-guru mereka pagi tadi

image is not available
Insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Batang Kali itu telah meragut nyawa enam guru, seorang operator kantin bersama dua anaknya dan seorang pekerja kantin sekolah ini

image is not available
Sedu hiba guru-guru, para pelajar dan ibu bapa mengisi ruang dewan sekolah hari ini

image is not available
Pihak sekolah telah meminta media yang hadir untuk mengurangkan liputan tentang sekolah itu yang mahu beralih dari tragedi itu

image is not available
Pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah menegaskan bahawa perkhemahan di Father's Organic Farm tidak dianjurkan oleh pihak sekolah mahupun PIBG

image is not available
Keluarga Nurul Azwani Kamaruzaman, pekerja kantin sekolah ini yang menjadi salah seorang mangsa kejadian tanah runtuh 16 Disember lalu

image is not available
Mana mungkin tidak menangis, terkejut dengan pemergian orang yang disayangi

image is not available
Guru-guru baharu bakal ditempatkan di SJK(C) Mun Choong bagi menggantikan guru-guru yang telah terkorban dalam tragedi tanah runtuh itu