Berbilang Kaum, Malaysia Berjaya Tersenarai Dalam Top 10 Negara Paling Aman Di Dunia

3 Dec 2024 • 11:17 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Biarpun Malaysia merupakan negara yang berbilang kaum, rakyat disini boleh dikatakan hidup dalam keadaan aman serta damai biarpun terdiri daripada masyarakat yang pelbagai.

Bahkan, pelancong luar yang bercuti di Malaysia sering memberi komen positif mengenai rakyat di negara ini dan meluahkan rasa kagum dengan pelbagaian kaum yang ada.

Malaysia tersenarai dalam negara paling aman di dunia

Melalui platform X baru-baru ini, Global Peace Index (GPI) telah mengeluarkan senarai negara yang aman serta negara yang tidak berbahaya untuk dikunjungi pelancong.

Dapat dilihat dalam senarai tersebut, negara Malaysia duduki tempat ke-10 dalam ranking negara paling aman di dunia untuk tahun 2024.

image is not available

image is not available

Tempat pertama negara paling aman jatuh kepada Iceland, diikuti pula Republik Ireland, Austria dan lain-lain.

Elak kunjungi negara-negara ini

Dalam pada masa yang sama, GPI turut meletakkan senarai negara yang tidak aman pada tahun 2024 dan pelancong diminta untuk elak mengunjungi negara tersebut.

image is not available

image is not available 1 week ago

Lebih 30% Rakyat Malaysia Akui Lebih Sukar Nak Cari Pekerjaan Berbanding Cari Pasangan Hidup