Berbusana tradisional Melayu siap dengan paluan kompang, pasangan pengantin Cina ini pikat hati warganet

LocalEntertainment
21 Feb 2025 • 9:08 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

PASANGAN pengantin yang secocok sama cantik sama padan diraikan dalam majlis penuh ceria dengan adat tradisional Melayu. Bukan sahaja sopan berpakaian songket malah kedua-duanya yang berbangsa Cina kelihatan tidak kekok sepanjang majlis berlangsung.

Video yang tular di media sosial memperlihatkan pasangan ini sedang bersiap-siap di bilik persalinan sebelum disambut dengan penuh kemeriahan ke pelamin di dalam dewan. Siap dengan paluan kompang.

image is not available

Lebih menarik perhatian netizen apabila keluarga kedua-dua belah pihak juga turut sama berpakaian sopan dengan mengenakan kebaya dan baju kurung dalam kalangan wanita manakala pihak lelaki memakai baju Melayu teluk belanga berwarna hitam sekali bersampin.

Di dalam video tersebut, ada netizen mengatakan bahawa pengantin tersebut merupakan cucu kepada pemilik syarikat Prosper Group.

Difahamkan, pasangan itu mempunyai tiga majlis resepsi iaitu satu di dewan bagi meraikan hari bahagia bersama para pekerja dan dua lagi di hotel untuk ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.