Netizen Tersentuh Hati Lihat Perkahwinan Syafiq Kyle & Mimi Lana - “Alhamdulillah Rahsia Tuhan Akhirnya Terjawab”

15 Feb 2025 • 10:54 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pasangan selebriti sama cantik sama padan, Syafiq Kyle dan Mimi Lana telah melangsungkan perkahwinan pada Jumaat bersamaan dengan 14 Februari 2025.


Netizen tersentuh lihat Syafiq & Mimi

Majlis yang berlangsung secara privasi di Taiping, Perak dihadiri oleh keluarga dan juga sahabat rapat pasangan mempelai.


 


Berita perkahwinan Syafiq dan Mimi juga turut mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya tersentuh hati sebaik sahaja mengetahui tentang momen manis itu.


 

Malah menerusi komen-komen di media sosial, netizen mengatakan perkahwinan mereka adalah rahsia Tuhan paling indah yang berlaku dalam kisah cinta pasangan berkenaan.
 
Kata netizen, selepas pelbagai dugaan dan ujian dilalui oleh Syafiq dan Mimi, akhirnya pasangan ini telah disatukan dengan pengakhiran yang bahagia.

 


Momen tersebut ternyata membuatkan netizen sebak dan mereka mendoakan yang baik-baik buat pasangan itu.

        View this post on Instagram                      

A post shared by Syafiq Kyle (@syafiqkylez)

 


Antara komen yang diterima adalah:


image is not available


image is not available

 


 


 


Sebelum ini, Syafiq Kyle seakan memberi bayangan hubungan cinta bersama aktres jelita, Mimi Lana kembali berputik.


 


Menerusi temu bual bersama Era pada 15 Ogos 2024, Syafiq menjawab pertanyaan penyampai radio, Azad Jasmin yang bertanya sekiranya dia sudah ‘menakluk’ hati bekas kekasihnya itu.


 


Meskipun seakan bergurau, namun Syafiq secara terbuka menyatakan dia kini sedang menunggu keizinan daripada Mimi dipercayai dalam meneruskan hubungan mereka.


 


Terdahulu, pengurus Syafiq dan Mimi Lana Iman Tang memaklumkan hubungan kedua-dua selebriti itu sehingga kini masih berkawan.


 


Jelas Iman Tang, dia menjadi saksi persahabatan antara Syafiq dan Mimi tetap utuh meskipun pernah merancang untuk melangsungkan perkahwinan pada 18 Ogos 2023.