“Bercerai Sebab Nak Kahwin Lelaki Korea? Lucu” - Kim Seri Tak Kisah Fitnah Orang, Tetap Tutup Aib Rumah Tangga

7 Mar 2025 • 3:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pempengaruh media sosial, Kim Seri menafikan dakwaan berpisah dengan bekas suami kerana mahu mendirikan rumah tangga bersama lelaki Korea.


Fitnah yang lucu

 

image is not available


Seri atau nama sebenarnya Seri Azlina berkata dakwaan tersebut berunsur fitnah.


 

“Bercerai sebab nak kahwin lelaki korea? Lucu. Dia ni berbulan-bulan lepas berpisah baru kenal. 
 
“Itu pun dia kesian tengok saya sambil kerja bawa anak-anak, tudung serabai, stokin lain sebelah.
Terima kasih. Sila cuba lagi.

 


“Orang nak kata saya salah? Ya, silakan. Cukup simpan airmata berbelas tahun saya sembunyikan. Saya mahu buka buku baru. Saya sudah muak dengan kata maaf berulang kali,” tulisnya menerusi kenyataan di Insta Story.


 

Tetap simpan aib rumah tangga

image is not available


Tegas Seri lagi, dia lebih selesa memilih untuk mendiamkan diri berbanding berkongsi aib mengenai hal rumah tangganya kepada umum.


 

“Kisah rumah tangga? Tak apa, saya tak kisah pun orang nak cerita apa dan fitnah apa. Saya tetap senyap macam ini sahaja.
 
“Saya tahu orang nak buat saya buka cerita, jaja aib sini sana. Tapi, saya bukan orang macam tu. Saya bukan orang yang jenis cerita kisah rumah tangga saya. Saya akan tutup rapat kemas padat.

 


“Begitulah jadi seorang perempuan, bila bercerita kisah rumahtangga, mereka kata kita buka aib, kita minta simpati, kita jaja kisah sana sini.


 


“Bila kita diam, tetap juga kita yang salah, kitalah puncanya. Marilah berdamai dengan keadaan.


Hidup bukan tentang jodoh sahaja. Kita cari bahagia kita sendiri,” tegasnya.

 


Terdahulu, ibu kepada tiga orang cahaya mata itu dilaporkan telah bercerai dengan suaminya.


 


Bagaimanapun sehingga kini, pempengaruh yang kini menetap di Korea ini tidak berkongsi lanjut punca perceraian mereka.