Bercinta Dua Dekad, Michelle Yeoh Kongsi Pengalaman 2 Tahun Berkahwin

18 Aug 2025 • 8:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Tan Sri Dato’ Seri Michelle Yeoh berkongsi sesuatu yang disifatkan agak jarang dibincangkan secara terbuka bersama media, baru-baru ini.

Pemenang Oscar yang sedang mempromosi filem Ne Zha 2 versi China itu berkongsi tentang kehidupannya setelah berkahwin dengan mantan Pengarah Urusan Ferrari, Jean Todt.

Pasangan tersebut baru dua tahun mendirikan rumah tangga. Ironi, mereka telah bersama sebagai pasangan selama 21 tahun atau lebih dua dekad.

Yeoh pun bercerita tentang rahsia hubungannya dengan Todt yang baru meraikan ulang tahun perkahwinan kedua pada 27 Julai lalu kepada People.

“Kami telah bersama selama 21 tahun dan berkahwin dua tahun.

“Rahsia hubungan dan perkahwinan kami adalah merayakan setiap hari yang hadir dalam hidup kami. Kami tidak tunggu hari istimewa untuk meraikan antara satu sama lain,” kata Yeoh.

Wanita berusia 63 tahun ini kemudian mendedahkan Todt sebagai pasangan hidup dan suami yang cukup memahami.

“Saya bersyukur kerana Todt seorang yang sangat memahami dan menyokong karier saya.

“Saya cintakan karier saya. Ini adalah cinta saya. Dan dia tidak pernah mengeluh kerana selalu perlu berjauhan atau tidak mempunyai masa yang banyak untuk dihabiskan bersama kerana kesibukan saya.

“Todt sangat memahami,” kongsinya lagi.

Menurut Yoeh juga, Todt seorang lelaki yang romantik dan istimewa kerana tidak mengira hubungan mereka berdasarkan tahun sebaliknya menghitung jumlah hari yang telah dihabiskan bersama.

“Jika saya tanya, dia akan jawab sudah menjalani lebih 7,000 hari bersama saya. Kalau saya tanya lebih terperinci, dia akan beri jumlah jam yang telah kami habiskan bersama,” katanya lagi.

Yeoh dan Todt telah bertunang selama 19 tahun sebelum mengambil keputusan berkahwin.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved