Bercuti di Bangkok, netizen tegur penampilan Nelydia Senrose – “Dah buka hijab ke?

Entertainment
18 Sep 2023 • 10:51 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Nelydia Senrose mengundang persoalan dalam kalangan peminat berhubung penampilannya ketika bercuti ke Bangkok, Thailand baru-baru ini.

Menerusi satu muat naik oleh pelakon Aprena Manrose di Instagram, kelihatan dia dan kakaknya Oktovia Manrose dan sepupu mereka Nelydia serta Uqasha Senrose selain beberapa rakan menggayakan ‘outfit’ masing-masing.

‘Vacation vibe check’!

Bagaimanapun, penampilan Nelydia atau nama penuhnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen telah mencuri tumpuan warganet apabila dilihat hanya mengenakan topi di atas kepala.

Ruangan maklum balas video itu dibanjiri dengan komen netizen yang menegur sekali gus mempersoalkan tentang penampilan pelakon drama Setia Hujung Nyawa itu sebagai seorang yang sudah bergelar ‘Hajah’.

Dah tak bertudung ke?

image is not available

Salah tengok ke?

image is not available

Betul ke Nelydia?

image is not available

Dah ‘free hair’ balik?

image is not available

Namun begitu, terdapat juga peminat yang memilih untuk bersikap positif dengan memaklumkan bahawa Nelydia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan dia sudah berhijab sepenuhnya.

Perlahan-lahan!

image is not available

Profile masih ‘free hair’

image is not available

Belum bertudung sepenuhnya

image is not available

Terdahulu, dia pernah mengejutkan peminat apabila dilihat membuka tudung ketika bercuti di Bali, Indonesia bersama keluarganya sekitar Jun tahun lalu.

Sekadar info, Nelydia bersama suaminya yang juga ahli perniagaan Mohd Hafez Halimi berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji pada Julai tahun lalu.

Sumber: Instagram Aprena Manrose