“Hajjah Nely Otw Free Hair Ke” – Peminat Kecewa Nelydia Senrose Tak Bertudung, Tutup Rambut Pakai Topi Je?

Entertainment
18 Sep 2023 • 11:04 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laman TikTok selebriti Aprena Menrose, dia ada memuat naik video seakan-akan memberitahu karakter setiap seorang sewaktu pergi bercuti.

Dapat dilihat dalam video itu ada Uqasha Senrose, Nelydia Senrose, Oktovia Menrose, Nadiyah Shahab, Raysha Rizrose dan seorang lagi wanita.

Hal yang membuatkan video itu mendapat perhatian ramai apabila kelihatan Nelydia Senrose tidak memakai tudung tapi hanya menutup kepala dengan topi yang menampakkan sebahagian rambutnya.

Susulan itu, netizen menyerbu ruangan komen dengan persoalkan tindakan Nelydia yang seakan-akan menggambarkan dirinya bakal membuka tudung.

image is not available

image is not available

Ramai meluahkan rasa kecewa terhadap pelakon tersebut kerana lebih suka melihat Nelydia bertudung seperti sebelum ini.

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 1 juta tontonan dan hampir 60,000 tanda suka daripada pengguna platform itu.

image is not available 1 year ago

“Saya Kecewa Dengan Diri Sendiri” - Isu Buka Tudung Di Bali, Nelydia Senrose Mohon Maaf Pada Peminat