Bercuti Di China, Syasya Rizal Termakan Daging Bab* - “Itulah Ingat Label Halal Untuk Semua Makanan...”

10 Jul 2025 • 10:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi Syasya Rizal secara tidak sengaja telah makan daging khinzir ketika sedang bercuti di luar negara.

Label halal

Menerusi perkongsian video di TikTok, Syasya memberitahu dia berfikiran semua makanan di restauran itu adalah halal memandangkan terdapat label.

 

“Itulah ingat label halal untuk semua makanan dekat situ. Rupa-rupanya specific untuk satu makanan saja.

 

“Pengajaran, selepas ini kena periksa betul-betul,” kata Syasya yang telah memadam video tersebut selepas beberapa jam dimuat naik. 

Video tersebut memperlihatkan suaminya iaitu Nasrullah Mohd Sapie bertanyakan kepada cef mengenai makanan di situ.

 

Menurut suaminya, hanya daging yang tidak halal dan meminta Syasya untuk tidak lagi menggunakan pinggan, sudu dan garfu yang digunakan sebelum ini.

Jadi trauma


Dalam pada itu, bekas anggota kumpulan Dolla ini mengakui dia berasa trauma dan tidak berselera untuk meneruskan makan di restauran itu.

 

“Lepas tahu terus tak berselera nak makan benda lain dekat situ walaupun ada label halal. Trauma,” katanya lagi.