Bercuti di luar negara, isteri Nabil Ahmad tanggal tudung?

LocalEntertainment
5 Nov 2024 • 11:18 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tular tangkapan skrin memaparkan isteri pelawak, Nabil Ahmad iaitu Zira Ayub tampil tidak mengenakan tudung dipercayai dimuat naik menerusi Instagram Story miliknya.

Menerusi hantaran tersebut, isteri kepada pelawak dan pengacara terkenal yang pada ketika itu sedang menikmati minuman dilihat tidak bertudung dan hanya memakai topi berwarna hitam sahaja.

Isteri Nabil Ahmad tanggal tudung?

image is not available

Video tular itu juga memperlihatkan rambut pemilik nama Nazirah Ayub panjang sehingga paras dada berwarna keperangan.

Difahamkan, Zira dan Nabil ketika ini sedang berada di luar negara.

image is not available

Betul ke isteri Nabil Ahmad tanggal tudung?

Walau bagaimanapun, hantaran tersebut dipercayai telah dipadamkan dan setakat ini, tiada sebarang kenyataan dibuat berhubung video tular berkenaan.

Sebelum ini, Nabil meluahkan rasa syukur apabila anak sulungnya, Naira Mikayla sudah bertudung dengan rela hati tanpa paksaan.

Zira mula memakai tudung sekitar awal 2021 dan penampilannya berhijab mendapat pujian ramai.

image is not available

Sekadar info, Nabil Ahmad dan Zira Ayub mendirikan rumah tangga pada 2011 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata perempuan Naira Mikayla, Layla Medyna dan Mishall Imani.

Hmm mungkin video lama yang dimuat naik semula?

Sumber: Instagram Zira Ayub