Zira Ayub dah tak pakai tudung? Hantaran tular undang tanda tanya

LocalEntertainment
5 Nov 2024 • 2:41 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Penampilan terbaru isteri kepada pelawak Nabil Ahmad, Zira Ayub, tanpa tudung dalam satu hantaran di Instagram Story menarik perhatian ramai netizen.

Dalam hantaran itu, Zira hanya mengenakan topi hitam sambil menikmati minuman, menampakkan rambut panjang berwarna perang yang mencecah paras dada.

Difahamkan, pasangan tersebut kini berada di luar negara. Walau bagaimanapun, hantaran tersebut telah dipadamkan setelah tular di media sosial, dan sehingga kini tiada kenyataan rasmi daripada pihak Zira atau Nabil mengenai video tersebut.

Zira, atau nama penuhnya Nazirah Ayub, mula berhijab sejak awal tahun 2021, dan penampilannya ketika itu menerima banyak pujian daripada para peminat. Situasi terkini ini, bagaimanapun, menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Nabil dan Zira telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Naira Mikayla, Layla Medyna, dan Mishall Imani.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved