Berdehem Boleh Batalkan Solat? Ini Penjelasan Ustaz Jafri [Video]

LocalFamily & Parenting
27 Apr 2026 • 3:36 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Berdehem Boleh Batalkan Solat? Ini Penjelasan Ustaz Jafri [Video]

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebagai umat Islam pastinya kita sentiasa ingin melakukan ibadah dengan sempurna khususnya dalam solat.

Yelah setiap hari kita wajib mendirikan solat lima waktu khususnya bagi mereka yang mencukupi syarat.

Oleh itu, setiap kali melakukan ibadah ini pasti kita inginkan ia dilakukan dengan sempurna dan memperbetulkan perkara yang salah atau mencari tahu perkara apakah yang boleh menyebabkan solat didirikan batal.

Ustaz Jafri jelaskan betul ke berdehem boleh batalkan solat

Baru-baru ini pendakwah bebas, Ustaz Jafri Mahmoodi ada menerangkan mengenai persoalan tentang berpuantan berdehem sama ada ia boleh menyebabkan solat didirikan terbatal?

Perkara itu dijelaskan Ustaz Jafri selepas ada yang bertanya adakah benar berdehem boleh menyebabkan solat terbatal.

Keluar dua huruf dengan sengaja maka batal solat

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Ustaz Jafri menjelaskan antara perkara yang boleh membatalkan solat adalah keluar perkataan-perkataan yang selain daripada perkataan dibenarkan seperti:

  • Bacaan Al-Quran
  • Doa
  • Zikir-zikir

“Yang telah ditentukan bacaannya di dalam solat. Ada pun berdehem atau keluar perkataan-perkataan yang seumpamanya. Yang selain daripada perkataan-perkataan tersebut boleh jadi membatalkan solat dan boleh jadi juga tidak membatalkan solat.

“Pada mazhab Imam As-Syafi’i, kalau keluar dua huruf yang jelas dengan sengaja maka dia boleh membatalkan solat.

“Bahkan kalau keluar satu perkataan sahaja yang jelas maksudnya dengan sengaja sebagai contoh ‘qi’ dengan maksud jaga. Mungkin dia nak pesan kawan ‘jaga’ maka perkataan tersebut yang jelas dan disengajakan boleh menyebabkan batalnya solat,” ujar Ustaz Jafri.

Tak batal jika berdehem hanya nak lepaskan sesuatu dari tekak namun pastikan tak rosakkan rukun qauli

Akan tetapi boleh jadi juga solat tersebut tidak batal sekiranya perkataan yang keluar ada tujuan tertentu.

Contohnya seseorang itu berdehem yang ketika itu sekadar ingin melepaskan sesuatu yang tersekat di tekaknya.

“Dia nak baca surah al-Fatihah sebagai contoh, Bismillahirrahmanirrahim mula sangkut (pada tekak) dia pun berdehem untuk bagi lega kerongkong. Maka perbuatan dan perkataan tersebut tidak membatalkan solatnya.

“Dengan syarat jangan berlaku dalam ayat rukun qauli sebagai contoh Bismillahirrahmanirrahim, alhamdu (berdehem) lilahirabbil alamin. Terpotong pada ayat itu boleh menyebabkan rosak rukun qauli dalam sembahyangnya.

“Tetapi kalau diantara ayat maka okay (tidak mengapa).”

@jafrimahmoodi_off

Berdehem pun boleh membatalkan solat? Ini penjelasannya. #jafrimahmoodiofficial #ustazjafriabubakarmahmoodi #ustazjafriabubakar #jafrimahmoodi #fyp

♬ original sound – jafrimahmoodi_official – jafrimahmoodi_official

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga jelaskan perkara sama

Perkara sama turut dijelaskan dalam laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, yang menjelaskan ia boleh jadi membatalkan dan boleh juga tidak membatalkan solat.

“Jika berdehem itu nyata sebutan dua huruf, sama ada memiliki makna atau tidak atau satu huruf tetapi memiliki makna seperti “قِ”  yang bermaksud peliharalah, maka batallah solatnya.

“Adapun jika tidak jelas sebutan dua hurufnya, maka tidak batal. Begitu juga dikiaskan dengan ketawa, menangis, mengaduh, dan menghembus dengan mulut atau hidung,” jelasnya yang merujuk al-Mutamad 91/224-225): Sabil al-Muhtadin 2/223).