![Image from: Sah Ke Jika Lelaki Solat Tak Pakai Baju? Ini Penjelasan Ustaz Jafri [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/04/FI-split-white-5.jpg)
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sudah menjadi kewajipan setiap umat Islam untuk mendirikan solat fardu lima waktu sehari.
Bahkan hukumnya berdosa jika seseorang itu meninggalkan solat dengan sengaja terutama sekiranya seseorang itu sudah cukup syarat untuk melakukan ibadah berkenaan seperti baligh, waras, sihat dan sebagainya.
Dalam mendirikan solat terdapat 13 rukun yang wajib diikuti agar solat didirikan sah dan ibadah itu diterima oleh Allah SWT. Bukan hanya itu, dalam masa sama setiap individu juga setiasa mempelajari perkara baharu untuk diaplikasikan dalam solat seperti bacaan dan sebutan yang betul dan banyak lagi.
Selain itu, segelintir dari kita pasti pernah melihat beberapa perkara yang dilakukan oleh orang sekeliling sewaktu mendirikan solat. Sebagai contoh, pasti ada yang pernah melihat lelaki mendirikan solat tanpa mengenakan baju, persoalannya adakah solat itu sah dan apakah hukumnya?
Sah ke jika lelaki tak pakai baju ketika solat?
Terbaharu pendakwah bebas, Ustaz Jafri Mahmoodi ada menjelaskan mengenai perbuatan tersebut dan apakah hukumnya.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Ustaz Jafri, beliau menjelaskan syarat sah solat ialah menutup aurat. Oleh itu, lelaki wajib menutup aurat adalah daripada pusat hingga ke lutut.
“Kalau dia tutup macam tu sahaja, dah sah solat dia. Cuma afdalnya dia menutup juga bahu dia. Sabda Nabi SAW ‘Jangan seorang kamu mengerjakan solat sedangkan tidak ada sehelai kain yang menutup pada bahagian bahunya’.
“Kata Imam Nawawi, perkataan (sabda) Nabi SAW ini bukanlah larangan yang berbentuk haram tetapi larangan bentuk mahkruh,” jelasnya.
Menurut beliau lagi, Nabi SAW juga berpesan kepada seorang sahabat ‘jika ada sehelai kain sahaja yang dia ada untuk dipakai solat, maka kain itu diselubungkan daripada atas bahunya sampai menutup auratnya’.
Sah solat jika tak pakai baju namun makruh hukumnya
Ulas Ustaz Jafri lagi, itu adalah cara jika seseorang itu mahu solat yang hanya ada sehelai kain.
Kesimpulannya, solat seorang lelaki itu masih sah meskipun dia tidak memakai baju namun hukumnya adalah makruh.
Ustaz Jafri turut menasihatkan adalah lebih baik jika seseorang itu menunaikan solat memakai pakaian yang elok.
@jafrimahmoodi_off Persoalan tentang lelaki solat tak pakai baju. Sah ke solatnya? #jafrimahmoodiofficial #ustazjafriabubakarmahmoodi #ustazjafriabubakar #jafrimahmoodi #fyp
♬ original sound – jafrimahmoodi_official – jafrimahmoodi_official
Ustaz Azhar Idrus juga sarankan pakai baju yang elok ketika solat
Menurut pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus pula syarat sah solat adalah menutup aurat. Selagi ibadah itu dilakukan dengan menutup aurat maka ia tidak menjadi masalah.
Namun beliau juga mengingatkan untuk memakai pakai yang elok kerana individu yang solat sedang menghadap Allah Maha Besar.
Solat masih sah sebaiknya pakailah baju terbaik yang dimiliki
“Aurat lelaki, pusat sampai ke lutut maka jika awak tak pakai baju, sah sembahyang. Cuma dari segi adat orang yang ada baju, dia pakailah baju. Kerana dia berhadapan dengan Yang Paling Besar (Allah) yang kita kata Allahuakbar.
“Dalam hadis-hadis ada menyebut termasuk hadis tentang sembahyang Jumaat. Hari Jumaat nak pergi solat Jumaat, pakailah baju yang terbaik yang kita ada,” katanya.


![Boleh Ke Sengaja Pilih Jalan Jauh Sebab Nak Dapat Rukhsah Solat Jamak & Qasar? Ini Penjelasannya [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)
