
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Mendirikan solat merupakan perkara yang wajib untuk dilakukan oleh setiap umat Islam.
Malah umum mengetahui untuk melakukan ibadah wajib ini terdapat syarat serta rukun yang perlu dilakukan agar solat yang didirikan sah.
Namun mungkin ada segelintir yang masih tidak mengetahui terdapat beberapa perkara yang dilakukan boleh menyebabkan solat yang didirikan tidak sah.
Berdehem boleh membatalkan solat?
Baru-baru ini, akaun Geng Masjid Kg Nakhoda di TikTok, turut menjelaskan mengenai hukum sekiranya seseorang itu berdehem sewaktu mendirikan solat.
Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan mereka memberikan Point Of View (POV) memaparkan seorang lelaki yang meninggalkan telefon bimbitnya di suatu tempat sebelum mendirikan solat.
Namun ketika sedang solat lelaki itu menyedari terdapat lelaki berjubah putih menghampiri telefon bimbitnya.
Lelaki yang sedang solat itu lalu berdehem seolah-olah ingin memberitahu ia adalah miliknya. Selain berdehem dia juga membaca surah dengan nada yang kuat untuk memberitahu lelaki berjubah putih itu bahawa pemiliknya adalah individu yang sedang solat.
Lelaki berjubah putih itu bagaimanapun terus mengambilnya dan membawa ke tempat lain. Selesai sahaja solat lelaki itu segera mencari semula lelaki berbaju putih untuk mengambil telefonnya.
Berdehem boleh batalkan solat kerana niat untuk berkomunikasi dengan orang lain
Sebaik menjumpai dia kemudian mengatakan telefon yang dipegang adalah miliknya.
“Ouh yeke, patutlah saya dengar awak berdehem tadi. Tapi kan awak berdehem macam tu boleh batalkan solat tau.
“Sebab awak niat untuk berkomunikasi dengan saya, sedangkan awak tengah solat. Dalam hadis riwayat Muslim (537), Nabi SAW bersabda ‘di dalam solat ini tidak boleh ada perkataan-perkataan manusiawi. Dalam solat cuma ada tasbih, takbir dan bacaan al-Quran’.
“Jadi bukan setakat bercakap je tak boleh, isyarat mengeluarkan suara supaya orang luar faham kita pun, itu pun dikira sebagai komunikasi,” jelas lelaki berjubah putih itu.
Ekoran itu, lelaki berkenaan mengatakan jika begitu dia perlulah melakukan semula solat yang dilakukan.
Boleh jadi batal boleh jadi tidak batal
Perkara sama turut diterangkan di dalam laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, di mana perbuatan berdehem itu perlu diperhatikan.
Ini kerana ia boleh jadi membatalkan solat dan boleh jadi tidak.
“Jika berdehem itu nyata sebutan dua hurud, sama ada memiliki makna atau tidak atau satu hurud tetapi memiliki makna seperti “قِ” yang bermaksud peliharalah, maka batallah solatnya.
“Adapun jika tidak jelas sebutan dua hurufnya, maka tidak batal. Begitu juga dikiaskan dengan ketawa, menangis, mengaduh, dan menghembus dengan mulut atau hidung,” jelasnya.
@gengmasjidkgnakhoda Sesungguhnya solat ini tidak boleh dalamnya ada sesuatu daripada perkataan manusia, solat itu hanyalah tasbih, takbir dan bacaan al-Quran." (Riwayat Muslim [537]) Perkhidmatan pembaikan telefon dengan kepakaran lebih 5 tahun, hanya di @antshinservices #imam #bilal #ilmu #temerloh ♬ original sound – Geng Masjid Kg Nakhoda
Source:



