Berderet Macam Kereta Api, Ayah Tak Mahu Berjauhan Bina Rumah Untuk Anak Menantu

19 Jul 2023 • 7:20 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Berderet Macam Kereta Api, Ayah Tak Mahu Berjauhan Bina Rumah Untuk Anak Menantu

Selepas mendirikan rumahtangga, setiap pasangan pastinya ingin memulakan hidup baharu. Pelbagai perkara perlu difikirkan khususnya pemilihan lokasi rumah.

Kebiasaannya, mana-mana pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga akan keluar dari rumah ibu bapa mereka sama ada menyewa rumah atau membina rumah di kawasan lain.

Namun, berbeza pula bagi keluarga ini yang kini tinggal berdekatan di antara satu sama lain selepas bapa mereka tidak mahu anak-anak berjauhan selepas berkahwin.

Berderet Rumah, Ayah Bina Rumah Untuk Anak Menantu

Berikutan itu, deretan rumah telah dibina untuk anak-anak dan menantunya untuk tinggal bersebelahan di rumahnya.

Perkara itu tular di media sosial selepas @seketulajira atau dikenali sebagai Hazirah memuat naik satu video di TikTok mengenai perkara tersebut.

Dalam klip berdurasi 38 saat itu memaparkan beberapa rumah yang siap dibina sepenuhnya.

Jelas Hazirah, kesemua rumah yang dibina hanya bersebelahan dengan rumah ayahnya kerana ketua keluarga itu tidak mahu berenggang dengan ahli keluarganya.

image is not available
Gambar: TikTok @seketulajira

Bukan sahaja itu, garaj kereta juga siap dibina bagi meletakkan kenderaan anak beranak itu.

Sewaktu disoal mengenai jumlah rumah, dia memberitahu kesemuanya terdiri dari empat buah rumah dan ia dibina secara bersebelahan. Ia bagi memberikan lebih kelapangan pada halaman hadapan rumah.

“Jika rumah dibina secara bersebelahan akan lebih senang sikit dan kawasan hadapan halaman rumah lebih luas dan sama adil.

“Ayah bina empat buah rumah dan sekarang rumah memang sudah siap sepenuh,” ujarnya sewaktu dihubungi SK.

Tambah Hazirah, bapanya juga merupakan seorang kontraktor, jadi harga pembinaan rumah juga lebih murah berbanding kos upah di luar sana.

image is not available
Gambar: TikTok @seketulajira

Dia juga memberitahu bahawa kesemua anak-anak dan menantu juga bersetuju dengan keputusan bapanya.

“Ya kami setuju sahaja. Tiada masalah lagi pun rumah tidak dekat sangat. Ayah buat sebuah-sebuah, bukan bercantum,” katanya lagi.

Dalam video tersebut juga mendedahkan halaman rumah dihiasi dengan landskap dan jalan yang diturap dipercayai batu berwarna hitam.

Meskipun mendapat rumah setiap seorang, anak-anak perlu membayar separuh daripada kos rumah kepada ayah, jelasnya di ruangan komen.

Komen Netizen

Menjengah ke dalam ruangan komen, rata-rata warga maya begitu teruja melihat idea dan usaha yang dilakukan oleh ayahnya itu.

Sebahagian mereka menyifatkan ayahnya tidak pilih kasih terhadap anak-anak dan memudahkan urusan keluarga.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Untuk makluman, video ini mendapat lebih 1.3 juta tontonan, lebih 87,000 tanda ‘Suka’ dan lebih 2,000 komen di TikTok.

@seketulajira

Such a blessing , semoga dimurahkan rezeki selalu

♬ The Nights – Avicii