“Berdosa ke macam ni?” – Johan Ghazali berlatih dengan ibu, tendang sampai berbekas

LocalEntertainment
24 Oct 2024 • 1:22 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Johan Ghazali berlatih dengan ibu

Video jaguh Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali berlatih dengan ibu, Jennana Johnson telah menarik perhatian ramai selepas tendangan kuat jaguh itu meninggalkan kesan di tangan ibunya.

Menerusi satu hantaran di TikTok, Muhammad Johan atau lebih dikenali sebagai Jojo telah memuat naik satu video memaparkan dirinya sedang berlatih dengan Jennana di sebuah gelanggang perlawanan.

Johan Ghazali berlatih dengan ibu

@johanghazali

Berdosa ke kalau macamni? Jiwa fighter memang akan cakap tak sakit #johanghazali #fyp

♬ original sound - JohanGhazaliMuaythai - JohanGhazaliMuaythai

Jennana kelihatan sedang membantu Jojo berlatih dengan memegang dua pad kick boxing di tangannya untuk ditendang oleh jaguh itu.

Pada masa yang sama, Jennana juga turut memberikan beberapa tendangan dan tumbukan kepada anaknya itu bagi melatih Jojo untuk mengelak serangan musuh.

Tendang sampai berbekas, Johan Ghazali berlatih dengan ibu

image is not available

Selesai berlatih, Jojo memeriksa keadaan tangan ibunya yang memegang dua pad kick boxing dan ternyata tendangan jaguh itu terlalu kuat sehingga meninggalkan kesan lebam di tangan Jennana.

Bagaimanapun, ibu kepada jaguh Muay Thai negara itu berkata dia tidak merasa sakit dengan kesan lebam tersebut walaupun Jojo menekannya.

image is not available

“Tak sakit langsung,” kata Jennana sambil memukul kesan lebam tersebut.

Apa yang membuatkan peminat Jojo terhibur adalah apabila jaguh itu bertanya pada ruangan kapsyen sama ada dia bersalah jika menendang ibunya dengan kuat sehingga meninggalkan kesan lebam.

“Berdosa ke kalau macam ni? Jiwa pahlawan memang akan cakap tak sakit,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Johan Ghazali berlatih dengan ibu, Jennana kata tak sakit

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya yang turut berseloroh dengan perkongsian daripada jaguh Muay Thai berusia 18 tahun itu.

Jangan derhaka dengan mak

image is not available

Anak2 lain jangan ikut, ni mak Jojo yang suruh

image is not available

Banyak rupanya dosa Jojo selama ni hahahah

image is not available

Dulu saya pun tendang mak, tapi masa dia mengandung la

image is not available

Dalam pada itu, ramai juga yang warganet yang memuji Jennana kerana tetap kuat walaupun menerima tendangan padu daripada anaknya.

Mak Jojo lain dari yang lain

image is not available

Hebat mak Jojo

image is not available

Kuatnya Mak Jojo

image is not available

Mak Jojo pahlawan!

image is not available

Kuatnya Jennana, tahan dengan tendangan kuat dari Jojo!

Sumber: TikTok Johan Ghazali