Berebut Tempat Duduk Dalam Kereta, Kakak Tikam Adik Guna Pisau Hingga Maut

20 Oct 2022 • 2:42 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Mangsa adalah seorang remaja lelaki berusia 16 tahun.

Berebut Tempat Duduk Dalam Kereta, Kakak Tikam Adik Guna Pisau Hingga Maut. Gara-gara berebut tempat duduk di dalam kereta, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dipercayai maut ditikam menggunakan pisau oleh kakaknya sendiri di Ulu Pulai, Ulu Choh, pada petang semalam.

Dilaporkan, menurut Ketua Polis Saerah Iskandar Puteri ACP Rahmat, pihak beliau menerima laporan mengenai insiden tersebut pada jam 2.15 petang.

image is not available
Berebut Tempat Duduk Dalam Kereta, Kakak Tikam Adik Guna Pisau Hingga Maut. Gambar sekadar hiasan

Punca pergaduhan dua beradik

Beliau berkata punca pergaduhan dua beradik tersebut adalah berebut tempat duduk di dalam kereta.

Menurut ibu mereka, mengsa bergaduh dengan si kakak yang berusia 18 tahun kerana berebut tempat duduk di dalam kereta ketika pulang dari sekolah dan kakak mangsa mengaku telah membaling pisau ke arah mangsa setelah diejek ketika masuk ke dalam rumah.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Mangsa telah disahkan meninggal dunia

Mangsa telah disahkan meninggal dunia pada jam 2.30 petang dan bedah siasat akan dilakukan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Remaja perempuan itu telah ditahan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Baca lagi cerita menarik di sini: