Beregu campuran negara krisis pelapis

24 May 2026 • 8:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Beregu campuran negara krisis pelapis
IMBAS kembali Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei ketika menetang gandingan China Gao Jia Xuan dan Wei Ya Xin dalam Kejohanan Malaysia Masters 2026 di Unifi Arena, Bukit Jalil. Foto: Bernama
Image from: Beregu campuran negara krisis pelapis
IMBAS kembali Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei ketika menetang gandingan China Gao Jia Xuan dan Wei Ya Xin dalam Kejohanan Malaysia Masters 2026 di Unifi Arena, Bukit Jalil. Foto: Bernama

 

PENGARAH Kejurulatihan Beregu Negara, Rexy Mainaky mengakui sektor beregu campuran negara kini berdepan krisis kekurangan pasangan berbakat.

 

Katanya, keadaan itu sekali gus mewujudkan situasi yang kurang sihat, khususnya terhadap pasangan beregu campuran utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.

 

“Sekarang ini kita tidak nampak pemain pelapis kerana tahap mereka masih bermain pada peringkat IC (International Challenge).

 

“Malah, ketika bermain pada peringkat IC, mereka hanya mampu melepasi pusingan suku akhir dan separuh akhir.

 

“Jadi, kalau prestasi mereka masih begini sudah tentu sukar untuk mendorong Tang Jie-Ee Wei dan ini juga bakal menjadi satu masalah,” katanya ketika ditemui semalam.

 

Rexy berkata, beliau dan ketua jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto akan duduk bersama-sama untuk membincangkan perkara berkenaan bagi meningkatkan lagi kualiti beregu campuran negara.

 

Dalam perkembangan lain, Rexy berkata beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah akan beraksi pada kejohanan Terbuka Singapura minggu depan.

 

Terdahulu, pasangan nombor dua dunia itu terpaksa menarik diri daripada saingan Malaysia Masters 2026 selepas Pearly disahkan belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan belakang yang dialaminya.

 

Pada Terbuka Singapura, Pearly-Thinaah akan memulakan kempen menentang pasangan Taiwan, Hu Ling Fang-Jheng Yu Chieh dalam pusingan pertama. - Bernama

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved