Beregu Nombor Satu Negara Menang Terbuka Denmark

23 Oct 2023 • 11:19 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Beregu nombor satu negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik muncul sebagai juara badminton dalam Terbuka Denmark selepas mengalahkan beregu Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri dan Bagas Maulana dalam perlawanan akhir semalam.

Beregu nombor satu negara menang Terbuka Denmark

image is not available

Foto: Sinar Harian

Pada set pertama, beregu nombor satu negara tampil garang dan memenangi set pertama 21-13 di Arena Jyske Bank, Odense.

Namun begitu pada set kedua, beregu negara berstatus nombor empat dunia mendapat saingan sengit dari beregu Indonesia sebelum memenangi 21-17.

Kejayaan di Siri Jelajah Dunia di Denmark ini merupakan gelaran pertama diraih Aaron dan Wooi Yok selepas mengharungi enam final Siri Jelajah Dunia termasuk tiga pada tahun ini.

image is not available

Foto: Selangor Kini

Sebelum ini, Aaron dan Wooi Yik mara ke perlawanan akhir selepas menyingkirkan pemain tuan rumah Kim Astrup dan Anders Skaarup Rasmussen dalam perlawanan selama 56 minit.

Walaupun kalah pada set pertama menentang beregu tuan rumah dengan mata 16-21, mereka bangkit pada dan memenangi dua set berikutnya dengan mata 21-15, 21-15.

image is not available

Foto: Berita Harian

Manakala, beregu Indonesia Muhammad Shohibul Fikri dan Bagas Maulana mara ke perlawanan akhir selepas mengalahkan gandingan senegara, Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto 21-11,16-21,21-12.

Sebagai info, kali terakhir beregu ini berentap dalam perlawanan akhir adalah pada September tahun lalu dalam Terbuka China.

Sumber: Sinar Harian (Zuraimee Zainal)