Beregu Yew Sin-Ee Yi mahu cipta kejutan di kejohanan Seluruh England

28 Feb 2025 • 4:27 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

PETALING JAYA, 28 FEB: Pemain beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin optimis mampu memberikan cabaran di Kejohanan Badminton Seluruh England 2025 dari 11 hingga 16 Mac ini, meskipun baru pulih daripada kecederaan kaki.

Atlet berusia 30 tahun itu yang sedang giat meningkatkan tahap kecergasannya percaya dapat mencapai tahap terbaik menjelang kejohanan itu.

“Setakat ini, keadaan saya masih baik kerana baru sahaja pulih daripada kecederaan. Bermula minggu ini, semuanya kembali normal.

“Kecederaan yang saya alami bukanlah sesuatu yang serius, hanya kecederaan kecil di bahagian kaki. Mungkin ia berlaku kerana faktor usia,” kata Yew Sin kepada pemberita selepas pelancaran Jejak Paddle x Sunlight Sports Club di sini hari ini.

Pencapaian terbaik Yew Sin dan pasangannya Teo Ee Yi di Seluruh England sekadar mara ke pusingan kedua pada edisi 2023 dan beregu ke-28 dunia itu berharap dapat melakukan lebih baik kali ini.

“Kami tahu Seluruh England bukan kejohanan mudah buat kami. Tidak pasti sama ada kami kurang bernasib baik atau tidak bermain pada tahap terbaik di sana.

“Pencapaian terbaik kami di kejohanan itu hanya pusingan kedua, jadi harapan kami kali ini dapat menembusi peringkat lebih jauh,” katanya.

Selepas Seluruh England, Yew Sin-Ee Yi dijadual beraksi pada Terbuka Switzerland dari 18-23 Mac

— BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved