“Bergaduh Macam Budak-Budak” – Michael Ang Meluat Lihat Pempengaruh Berbalah Di Media Sosial Lepas Bercerai

LocalEntertainment
3 Dec 2024 • 10:19 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pengarah dan pelakon, Michael Ang menyelar sikap dua orang pempengaruh yang membuka aib dan berbalas kenyataan di media sosial berhubung isu rumah tangga dan penceraian mereka.

Menerusi satu hantaran yang telah dibuat di Instagram akaunnya, Michael menyifatkan tindakan dua individu tersebut seperti kanak-kanak.

image is not available

Apa punya bod*h manusia bergaduh macam budak-budak.

 

Satu Malaysia busy pasal banjir dia boleh minta pulangkan hidung dan kereta balik!

Susulan itu, pengarah tersebut mencadangkan agar pasangan tersebut menyelesaikan kemelut yang berlaku antara mereka di mahkamah termasuk soal tuntutan harta.

Pergi la settle dekat mahkamah pasal harta lepas post gambar-gambar aib sebelum dan selepas renovate satu badan dan muka!

image is not available

Tak baik dik! Tiba-tiba iklan china yang mamat saman bini yang cantik tapi lahir anak muka nampak lain rupanya bini dia buruk tapi renovate muka! Tak baik tak baik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Michael dan ada yang menyifatkan hubungan pempengaruh itu sebagai ‘toxic’.

image is not available

image is not available

Terdahulu, usahawan dan pempengaruh, Cik Epal meminta bekas suaminya iaitu Jofliam untuk menjual kereta mewah miliknya dan membahagikan hasil jualan kepada dua bahagian secara sama rata.

Namun, Jofliam berkata dia hanya akan berbuat demikian sekiranya Cik Epal memulangkan barangan yang pernah diberikannya termasuk pembedahan hidung yang dilakukan Cik Epal ketika mereka masih bergelar suami isteri.

image is not available 1 day ago

Cik Epal Minta Jual Kereta Mustang, Jofliam Tak Diam Diri - "Pulangkan 'Hidung' Atau Jual 'Hidung' Awak"