“Takkanlah Tak Nampak Lagi Dia Memang Nak Kau Orang Kutuk Dia” - Michael Ang Minta Jangan Layan Trend Old Money

13 Nov 2024 • 2:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pengarah Michael Ang tampil memberikan pandangan mengenai trend ‘old money’ yang menjadi tular di media sosial.
 

Golongan berusia

“Awak tak akan dapat jadi old money macam mana mana awak cuba pun atau pakai baju macam Malaysia ni ada empat musim dan buat video sampai berpeluh peluh.

“Sebab nak jadi old money awak kena lahir dalam keluarga old money! Kebanyakan orang old money Malaysia adalah ah pek dan pakcik-pakcik minum kopi pagi-pagi dan tak payah bekerja.

“Duduk silang kaki atau pegi pop mart beli satu kedai! Tu baru ‘old money’,” tulisnya.

 

Publisiti murahan

Dalam hantaran yang sama, Michael juga berharap agar netizen tidak memberikan kritikan terhadap individu yang cuba menjadi golongan ‘old money’ kerana itu merupakan salah satu cara untuk memberikan perhatian kepada mereka yang gilakan publisiti murahan.

“Netizen tak payah lah nak kutuk-kutuk si pendek tu nak jadi ‘old money’ ke pasal TRX ke ya! 

“Sebab dia tak ada modal dah nak nak viral jadi sahajalah tu buat orang mengata untuk dia relevan balik semenjak white board dan guna kan anak dah tak jalan kena lah cari hate marketing yang baru.

“Takkanlah netizen tak nampak lagi dia memang nak kau orang kutuk dia,” coretnya.

        View this post on Instagram                      

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Terdahulu, pempengarug Andika Putera menarik perhatian netizen apabila mengumumkan sudah menubuhkan sebuah komuniti yang dikenali sebagai ‘old money’.

Meskipun baru ditubuhkan, Andika memaklumkan sudah berjaya mengumpulkan seramai 300 orang ahli bagi komuniti tersebut.