Bergambar di pusat psikologi, netizen titip sokongan buat Fathia Latiff

Entertainment
8 May 2024 • 12:27 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Orang ramai menitipkan sokongan buat Fathia Latiff selepas memuat naik foto memaparkan sedang berada di pusat psikologi dan emosi.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Fathia telah menangkap foto di hadapan sebuah papan tanda yang tertera nama pusat psikologi dan emosi yang dia lawati.

Netizen beri sokongan buat Fathia Latiff

Pada ruangan kapsyen perkongsiaan itu, Fathia menulis kesihatan mental adalah penting dan bercakap perkara buruk tentang orang adalah sama seperti ‘sampah’.

“Kesihatan mental itu penting dan untuk bercakap tentang keburukan orang lain itu sampah,” katanya.

Fathia memakai baju berwarna hijau yang dihiasi dengan polca-dot dan hanya melilitkan tudung di kepalanya kelihatan tersenyum pada foto itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meninggalkan kata-kata semangat buat dirinya termasuklah sahabat Fathia iaitu pelakon Rozita Che Wan.

Awak boleh!

image is not available

Awak akan okay, semoga terus kuat

image is not available

Tempat ni bagus

image is not available

Teruskan positif

image is not available

Alhamdulillah

image is not available

Namun begitu, ada juga netizen yang meninggalkan komen negatif berbaur hinaan fizikal terhadap aktres berusia 37 tahun itu.

Cucuk dada ke?

image is not available

Dah buka tudung lepastu jadi macam ni

image is not available

Terdahulu, nama Fathia menjadi bualan ramai selepas menggelar pelakon Zahirah MacWilson mempunyai wajah seperti seorang bibik.

Tidak cukup dengan itu, Fathia turut menyerang bekas teman lelakinya iaitu Aiman Hakim Ridza yang juga merupakan suami kepada Zahirah.

Menurut Fathia, Aiman masih mempunyai perasaan terhadap dirinya dan masih belum melupakannya walaupun mereka sudah berpisah hampir 10 tahun lalu.

Sejak itu, Fathia sering menjadi sebutan orang ramai kerana ada saja tindakannya yang kurang enak dipandang oleh netizen seperti tidak lagi memakai hijab dan berpakaian menjolok mata.

Sumber: Instagram Fathia Latiff