Hampir sama, netizen tuduh Fathia Latiff tiru penampilan Zahirah MacWilson?

7 May 2024 • 10:15 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Fathia Latiff tiru

Netizen tuduh Fathia Latiff tiru penampilan pelakon Zahirah MacWilson dari segi wajah dan rambutnya selepas tular foto aktress itu bersama Che Ta.

Menerusi satu perkongsian di X, @arfdy12 telah membalas ciapan @Cool_Wannabe82 yang memuat naik foto berita berkaitan wajah Fathia yang kini sudah berubah.

Netizen tuduh Fathia Latiff tiru penampilan Zahirah

Perkongsian @Cool_Wannabe82 memaparkan dua foto iaitu gambar Fathia dan gambar pelakon itu bersama aktress Che Ta.

“Kenapa lain sangat muka Fathia ni?” kata @Cool_Wannabe82 di ruangan kapsyen.

@arfdy12 pula telah memuat naik foto Zahirah dan menulis kapsyen berkata penampilan wajah Fathia sama seperti gambar yang dikongsinya.

“Kenapa gambar pertama tu nampak macam dia nak buat rambut dan muka Zahirah eh?” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan persoalan itu dan berkata mereka juga berpendapat Fathia telah mengubah mukanya.

Sanggup Fathia Latiff tiru penampilan Zahirah, kesian

image is not available

Baru perasaan dia ubah muka

image is not available

Hidung Zahirah ada line kat tengah

image is not available

Lain muka dia sekarang

image is not available

Rasanya tak move on lagi

image is not available

Terdahulu, Fathia menjadi bualan ramai selepas menggekar Zahirah mempunyai muka seperti bibik dalam satu siaran langsungnya.

Disebabkan kenyataan itu, Fathia menerima kecaman daripada orang ramai yang turut membandingkan wajahnya dengan Zahirah.

Tidak cukup dengan itu, Fathia turut menyerang bekas teman lelakinya, Aiman Hakim Ridza yang juga merupakan suami kepada Zahirah.

image is not available

Menurutnya, Aiman masih menyayangi dirinya dan masih belum melupakan dirinya walaupun mereka sudah putus hampir 10 tahun yang lalu.

Sejak daripada itu, Fathia kini sering disebut-sebut kerana ada sahaja tindakannya yang kurang enak dipandang oleh netizen seperti tidak memakai hijab dan berpakaian menjolok mata.

Sementara itu, menerusi satu tinjauan, OMM mendapati Fathia telah memuat naik foto ini beberapa minggu selepas gambar Zahirah ditemu bual dan foto di atas diambil.

Sumber: X @arfdy12