‘Bergantung sokongan agensi kerajaan’ – AIM26 Sabah tuan rumah?

LocalMusic
28 Sep 2026 • 11:57 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Bergantung sokongan agensi kerajaan’ – AIM26 Sabah tuan rumah?

KUCHING – Selepas penganjuran Anugerah Industri Muzik ke-25 buat pertama kali di Sarawak, penganjur iaitu Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) merancang untuk mengadakan acara berprestij itu di Sabah tahun hadapan.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM25 merangkap Pengerusi RIM, Rosmin Hashim berkata, semua itu terpulang kepada sokongan diterima daripada semua pihak terutama agensi kerajaan.

“Banyak bergantung sama ada kita dapat sokongan daripada agensi kerajaan dan syarikat korporat.

“Kerana kalau nak anjurkan acara besar seperti AIM memerlukan perbelanjaan yang tinggi.

“Jadi, kalau kita dapat sokongan daripada kerajaan (negeri) Sabah selepas ini, mungkin boleh buat (adakan) di sana,” katanya kepada Kosmo! Online pada sidang media AIM26 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini baru-baru ini.

Kelmarin, malam kemuncak AIM berlangsung buat julung kalinya di Bumi Kenyalang yang menyaksikan dominasi tiga penyanyi wanita tanah air iaitu Mimifly (5 trofi), Datuk Seri Siti Nurhaliza (4) dan Aisha Retno (3).

Dikendalikan pasangan selebriti, Awal Ashaari dan Scha Alyahya serta Sheera Abang Mansur, acara itu turut dihadiri Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

AIM 25 disiarkan secara langsung menerusi TVS mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali dianjurkan di Sarawak bersempena sambutan Jubli Perak anugerah berprestij tersebut. – KOSMO! ONLINE

Image from: ‘Bergantung sokongan agensi kerajaan’ – AIM26 Sabah tuan rumah?
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tengah) menyerahkan trofi Lagu Borneo Terbaik kepada penyanyi dan komposer karya berjudul Dayang Bintang.

The post ‘Bergantung sokongan agensi kerajaan’ – AIM26 Sabah tuan rumah? appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved