"Bergegar Nyawa Tengok Duit..." Lelaki Terkejut Wang RM1 Bilion Masuk Dalam Akaun Bank

LocalBusiness & Finance
15 Oct 2026 • 3:49 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

"Bergegar Nyawa Tengok Duit..." Lelaki Terkejut Wang RM1 Bilion Masuk Dalam Akaun Bank

Siapa sahaja yang tidak gembira apabila menerima wang, namun kemunculannya secara tiba-tiba dalam jumlah yang sangat besar boleh menimbulkan pelbagai persoalan.

Lebih-lebih lagi apabila wang tersebut masuk ke dalam akaun tanpa penjelasan, keadaan itu pastinya mengundang rasa bimbang dan tanda tanya.

Begitulah kisah seorang pengguna Threads, Wan Mohd Fairuz, yang mendakwa menerima transaksi wang berjumlah RM1 bilion secara tiba-tiba ke dalam akaun banknya.

Lelaki Terkejut Wang RM1 Bilion Masuk Dalam Akaun Bank

Image from: "Bergegar Nyawa Tengok Duit..." Lelaki Terkejut Wang RM1 Bilion Masuk Dalam Akaun Bank

Menerusi satu hantaran di Threads, dia memuat naik tangkap layar transaksi tersebut sambil meluahkan rasa terkejut melihat jumlah wang berkenaan.

“Duit apa daripada AEON Bank ini? Bergegar nyawa tengok duit dalam akaun banyak gila pergi.,” katanya.

Berdasarkan tangkap layar yang dikongsikan, transaksi tersebut dipercayai berkaitan hadiah kepada pemenang dalam satu promosi atau kempen AEON Bank.

Baca juga:

Membalas persoalan seorang individu di ruangan komen, Wan Mohd Fairuz juga menjelaskan dia tidak pernah menyertai mana-mana kempen anjuran AEON Bank.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya berseloroh bahawa Wan Mohd Fairuz kini sudah bergelar bilionair walaupun hanya seketika.

Image from: "Bergegar Nyawa Tengok Duit..." Lelaki Terkejut Wang RM1 Bilion Masuk Dalam Akaun Bank
Image from: "Bergegar Nyawa Tengok Duit..." Lelaki Terkejut Wang RM1 Bilion Masuk Dalam Akaun Bank

Dalam hantaran terbaharunya, dia memaklumkan bahawa dirinya telah menghubungi pihak AEON Bank dan dimaklumkan bahawa transaksi berkenaan berlaku akibat kesilapan pihak bank.

Susulan itu, wang tersebut telah diambil semula oleh pihak bank, namun Wan Mohd Fairuz difahamkan bakal menerima ganjaran sebagai tanda penghargaan kerana melaporkan perkara itu lebih awal.

"Alhamdulillah dah selesai. Bank pun dah clearkan jumlah tu.

"Memang silap daripada pihak bank. Sebagai tanda terima kasih sebab hubungi pihak bank lebih awal.

"Mereka akan beri ganjaran. Cuma tunggu e-mel daripada mereka, ganjaran apa saya tak tahu. Harap ada sesuatu yang manis daripada pihak AEON Bank," selorohnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved