“Bergegar Tulang Rusuk..” – ‘Bodyguard’ Anwar Ibrahim Jadi Tumpuan Netizen, Kacak Tapi…

28 Nov 2022 • 10:11 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kehangatan pasca PRU15 masih lagi diperkatakan rakyat sehingga kini setelah pelantikan Perdana Menteri ke-10 telah diberikan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Namun, tumpuan netizen turut teralih kepada pengawal peribadi Perdana Menteri Anwar Ibrahim setelah lelaki itu dipuji kacak oleh ramai netizen apabila videonya ketika bertugas menjadi tular di media sosial.

Dalam video-video yang memperlihatkan DS Anwar Ibrahim ditemani ‘bodyguard’ kacak itu, ada yang sempat merakam lelaki itu memberikan senyuman manis di sebalik tugas yang memerlukan dia serius dan bersiap sedia setiap masa.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji ketampanan pengawal peribadi dan rupa-rupanya dia sudah lama berkhidmat dengan DS Anwar Ibrahim.

Bodyguard paling lama dengan DSAI. Dari rambut belakang pendek sampai panjang sekarang.

Ada juga yang mendedahkan bahawa lelaki itu sebenarnya suami orang dan telah mempunyai dua orang anak.

Anak dah dua tu korangg…

Dalam pada itu, netizen sempat mengucapkan terima kasih kepada para pengawal peribadi DS Anwar Ibrahim kerana setia berkhidmat dan menjaga keselamatan pemimpin negara itu ketika berada di tempat awam.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 4 hari lalu

(VIDEO) Gigih Ketuk Tingkap Kereta Semata Nak Mintak Nombor, Tindakan Lelaki Ini Buat Wanita Rasa Tak Selamat