Bergelar Perdana Menteri Ke-10 Malaysia, Ini Hasil Mesyuarat Kabinet Pertama Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Politics
6 Dec 2022 • 4:24 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Rakyat Malaysia sedia maklum Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah dilantik menjadi Perdana Menteri kesepuluh Malaysia.

Susulan pelantikan tersebut, seorang pengguna Twitter berkongsikan hasil mesyuarat kabinet pertama Anwar Ibrahim.

1) Potong gaji menteri sebanyak 20%

2) Tidak menerima gaji Perdana Menteri dan Menteri Kewangan

3) Cabutan judi diturunkan dari 22 kali kepada 8 kali setahun

4) Memberhentikan monopoli beras di Malaysia secara serta-merta

5) Syed Mokhtar diarah membayar pesawah menggunakan hasil keuntungan. Pesawah dibantu tanpa menggunakan duit rakyat.

6) Menyiasat projek RM600 billion bawah Kerajaan Perikatan Nasional (PN)

7) Mengarahkan Timbalan Perdana Menteri (TPM), Zahid Hamidi untuk bersedia tentang urusan banjir

8) Mengarahkan Timbalan Perdana Menteri kedua, Fadillah Yusof meneliti perkara yang tergendala dalam MA63

9) Mengarahkan Ketua Polis Negara untuk tidak menyiasat pengkritik beliau tetapi isu perkauman tidak boleh ditoleransi

10) Menyiasat projek DNB bawah kerajaan PN yang bernilai RM11 billion

Sekadar info, Parti Pakatan Harapan (PH) telah bergabung dengan Parti Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan perpaduan.

image is not available 2 minggu lalu

(TERKINI) Anwar Ibrahim Sah Dilantik Perdana Menteri Ke-10